20110826

"Hitam Nampak Kemas"



Assalamualaikum..
selamat malam..
rindu pula nak menaip..
apa khabar semua?
moga2 sihat2 dan ceria2 sokmo,,

apa kena mengena dengan tajuk kiriman di atas?
tunggu la sehingga di penghujung ya..
tak saspens la cerita sekarang..

sekejap ya masa berlalu..
kita semua da kerugian..
mana tidak ya..
bulan ramadan akan berakhir..
misi kita mungkin belum tercapai..
tapi beruntung la orang2 yang beriman dan bertaqwa..

huhu..
berceramah pula malam2 nie..
haihh...
raya nak dekat.
sudah beli dan belah belum??
tahun nie pakai baju warna apa?
mercun dan meriam da bergema belum?
kad raya da bagi kat awek belum?
da tolong mak ayak tepung belum?
nak balik beraya rumah nenek atuk belah johor atau belah kedah dahulu?
apa2 pun..
kembali pada fitrah asal kita..
jangan berlebih2 han..

boleh ak cerita sedikit kisah ak..
kalau sudi nak dengar..
biasa2 ja cerita nie..
sepanjang panjang perjalanan hidup ak..
dari kiriman terakhir sehingga sekarang..
bnyak juga ak terbelajar..

hidup bermasyarakat,hidup berkeluarga,hidup beragama..
semua ya ada persamaan..
ya la..
kita seorang diri..
mesti terpaksa berjumpa orang sekeliling kita yang tak kenal..
berkenalan,berkawan,berteman..
akhirnya betukar2 pandangan..
cerita pasal orang itu ini..
akhirnya semakin menebal ilmu dalam diri..
sesungguhnya ilmu agama lagi menyeronokkan hendak didengari,
berbanding ilmu mengutuk atau mengumpat orang..
sakitkan hati orang memang senang..
tapi nak jaga hati kita sendiri memang susah dan sukar..

sukar juga nak jaga amanah..
kadangkala terpaksa menipu untuk memenuhi kepentingan diri,
orang harap dekat kita,kita harap orang jangan berharap,
jadi,salah siapa??
salah aku la..sebab aku pergi cerita masalah aku kat korunk..
sebenarnya bukan nak menipu,cuma tak jujur..
manusia tahu dosa,bersalah,akan kena hukum ,bala,musibah,azab..
tapi itu yang nak dia lakukan..
sebab manusia kurang berminat
menghargai pemberian dari tuhan..

emosi juga ak nie..
bukan apa,
sudah tabiat aku..
siapa yg emosi,bertambah tambah emosi..
ya laa..
apa benda la yang sedang ak celoteh nie.

baik2..
ak akan buka minda..
baru2 nie,alhamdulillah..
dapat juga ak berserta rakan2 seperjuangan stpm ak,
berbuka puasa bersama...
walaupun tak ramai..
tapi cukup menghiburkan hati guru2 yang hadir..
tetapi ada cigu2 sudah terasa.
mana tak ya..
ak yang rancang,ak yang datang lambat..
makan2 sambil2 beribadah,bertukar2 cerita,menyakat kawan2,
rindu ya kenangan itu,
walaupun sekejap..
kami sempat bergambar,
sebelum berakhir majlis,cigu2 sempat memberi
sepatah dua pesanan kepada
para pelajarnya yang bakal menjejaki menara gading..
sebelum balik..
sempat ak,apiz,alan,ijat,vivien pergi jusco di mahkota chras.
rancang nak cari pidok di jusco,
sedang2 mencari,rambang mata di buat ya..
da alang2,beli juga barang kat situ..
akhirnya setelah sekian lama kami mencari pidok,
rumah nya kami gegar juga pada lewat tngah malam
di kg semungkis hulu langat uh..
"kami semua rindu langak ko seperti dulu dok"







huhu..
biasa2 ja cerita di atas..
selepas ini,berakhir la tugas ak di msig insurance..
ya la..
da nak sambung belajar..
semenjak kebelakangan ini..
ak asyik bertanya tentang Universiti ja dekat "facebook"
ya la..
nak jalan jauh..
terus terang dalam aku hati nie,
ak impi nak belajar dekat sekola pondok ja kalau diizinkan..
maleh nak menyusahkan ibu bapa,termasuk diriku yg akan
"dibebani dengan hutang"..
tapi apakandaya..
harapan ibu bapa da menggunung..
setakat ini..
perasaan ak nak belajar di sana,tak menggunung pun..
sebab ak tiada suntikan motivasi..
dalam hati ini,belum cukup sempurna..
masih jahil,solat pun belum tentu diterima..
perasaan was2,syak wasangka masih ada..
hanya tuhan sahaja yang tahu..
doa2 kan ak ya..
semoga ak yakin,dan dpermudahkan jalan selepas ini..

da jadi drama sedih pula..
baik2..
berdasarkan kisah diatas..
moga2 dijadikan teladan..
moga2 anda semua selamat menjalani kehidupan seharian..
baik2..
sedih ya nak tinggalkan ramadan..
harap2 amalan berpuasa di bulan ramadan kali ini,
dapat mendekatkan lagi diri kita dengan
"yang Maha Esa"
selepas menyambut hari lebaran yg bakal tiba.
assalam..
lama da tak sebut "D" bukan nama sebenar..
moga2 warna baju raya "dia" sama dengan
(warna baju melayu ku tahun ini)
secara kebetulan pun bagus juga..
hitam nampak kemas..
mekaseh..
huhuh..





No comments:

layan ja