20120203

Junjungan Mulia..

Assalamualaikum...
selamat petang jumaat..
segala pujian hanya Bagi Allah..
dan selawat la keatas junjungan besar lagi mulia..
Nabi Muhammad S.A.W
baik2..

kiriman kali nie..
hanya nak kongsi sedikit..
tentang perasaan ku terhadap rasul yang kita sayangi..

pertama sekali..
mari la kita...
selawat la kita ke atas muhammad yang digelar nabi dan rasulullah,,
kerna Allah akan membalas gandakan 10 kali pahala untuk satu selawat..

Rasulullah seorang yg sangat sederhana dan miskin..
kadangkala kais pagi mkan pagi,kais petang makan petang..
sangat berbeza dengan kita hari ini..kalau boleh hari2 kena makan sedap2..
setiap masa mesti kena ada snek,
berbeza dngna nabi,nabi hanya berbekal kan kurma..
kalau ada undangan dari sahabat2,baru la dapat merasa mkanan sedap2..
kalau kita,mesti kita akan berdoa hari2 nak kaya,jadi jutawan..
tapi berbeza dengan rasulullah..
nabi sentiasa berdoa jadikan aku miskin..
ini menunjukkan nabi zuhud,sangat merendah diri...
tak salah jadi kaya,tapi jangan sampai harta orang kaya itu dijadikan pelindung,
leka sehingga mengabaikan tanggungjwab sebagai saudara islam..
saling lah kita menafkahkan ,beri zakat,menyedahkan harta yg sdkit tuh kepada orang miskin..
sampaikan Sahabat nabi,saidina Abu bakar As siddiq sanggup menyedekahkan seluruh harta..
semata2 kerana Allah,dan Abu bakar hanya meninggalkan keluarganya kepada Allah..
itu la sifat sahabat nabi yang telah didiik oleh Rasulullah..
bagaimana dengan sahabat kita??

Rasulullah juga seorang yang berilmu..
sebahagian hidupnya hanya untuk menyampaikan ilmu..
ilmu yang dipanggil wahyu dari Allah..
kata2nya yang sedikit memberi makna luas umpama seluas lautan..
katan2 nya bukan rekaan,tapi ia datang dari Tuhan sekalian alam..
sehinggakan ilmu nabi atau agama islam telah diperluaskan sehingga hari ini..
ternyata sahabat nabi,saidina Ali bin abi talib..
telah diangkat sebagai pintu ilmu kerna memiliki ilmu seluas langit..
hasil didikan bijaksana dari Rasulullah s.a.w.
percaya la..
Al quran yang kita baca hari2,ceramah yang kita dengar hari2,
semuanya datang Dari Allah melalui penyampai yang benar iaitu
Nabi Muhammad S.A.w..
ilmu sains yang dok kaji oleh saintis2 tuh,hasil dari Ilmu Allah..
saintis mati akal kalau nak mengkaji sesuatu ilmu,
sehinggalah Al quran diturunkan..
contohnya,kejadian manusia daripada air mani,ke segumpal darah,ke segumpal daging,
banyak dicerita dalam Al quran,betapa besarnya kebesaran Allah..

Nabi Muhammad s.a.w juga seorang kekasih..
beliau diiktiraf kekasih Allah..
Hebat tuu..
sebahagian kita dok "couple" pun,tak sehebat Kekasih Allah iaitu Rasulullah..
siapa kekasih kita??
hanya dok berzina setiap hari bagi segelintir couple2 nie..tapi sikap nabi lain..
nabi muhammad s.a.w hanya dok berzikir,bertasbih,minta ampun pada Kekasihnya..
terus terang,ak rasa teruk..
sebab tak boleh menyintai Allah umpama kasihnya nabi terhadap Allah..
banyak leka dengan mengingati Perempuan di muka ini berbanding kekasih yang sebenar..
sayang kah kita terhadap nabi muhammad s.a.w ?
kalau sayang apa buktinya?
kalau asyik sombong,kedekut nak berselawat,kutuk orang pakai tudung labuh,wat tak tahu
bila azan telah berkumandang..
apa2 pun..
moga2 kita selalu minta supaya diberi Allah ,kasih sayang yang sebenar dan diredaainya..
nak dapat Awek atau Kekasih yang terbaik??
contohi rasulullah yang tiada awek melainkan mempunyai isteri yang sah,
lagi yang mencintai siti khadijah sehinggakan malu nak jumpa..
tapi beliau bercinta selpas kahwin..
kekasih yang baik,akan sentiasa berada di sisi kita,dikala susah senang,
iaitu dengan penggilan yg lebih tepat adalah pasangan suami isteri...
berbeza dengan sebilangan kekasih sekarang hanya untuk memuaskan nafsu semata2,
lagi2 kekasih yang belum ada ikatan yg sah di sisi syariah islam..

yang terakhir,nabi muhammad s.a.w seorang Al amin..
iaitu paling dipercayai..
apa perbuatan,tingkah laku,percakapan..
semuanya adalah baik2 dan dipercayai oleh golongan masyarakat ketika zaman itu..
bohong,menipu,berdusta,berkhianat,mungkir jnji semuanya penyakit masyarakat kini..
tapi Rasulullah??
subhanallah...beliau maksum ,tiada dosa,dipelihara Allah..
sampaikan musuhnya gentar terhadap namanya..
kalau syaitan tuh,dari jauh pun boleh terbakar kalau nampak nabi muhammmad s.a.w..
ini di sebabkan kepercayaan Rasulullah yang kuat melampau terhadap agama Allah..
dan sikap yang amat baik yang tidak terkata yang beliau tunjukkan..
sehingga menjadi contoh tauladan umat manusia sehingga kini..

Rasulullah..
engkau la sebaik2 ,sesempurna manusia..
aku nie mungkin tak layak berjumpa denganmu..
lagi2 dosa2ku seluas lautan..
Aku minta maaf andai aku pernah mengingkari suruhannmu,sunnahmu..
aku jahil,bodoh,percaya pada bisikan2 syaitan..
tapi aku yakin..bahawa Islam la agama Sebenar..
kuat dan tetapkan imanku dan taqwaku pada mu ya Allah..
Allah adalah tuhan yang satu,dan engkaulah pesuruh Allah yang paling mulia..
beri la aku peluang kepada ku,untuk Menyertai senarai nama umatmu yang selalu ko doakan ,
rindukan, risaukan..
alangkah indahnya jika ko dengar suara hatiku ketika ini..

yang baik datang dari Allah,
yang tak baik datang dari diriku sendiri..
sekian..
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullhiwabarakatuh..
selamat semua..

(istiqamah dan berterusan dalam berselawat ke atas nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam)

No comments:

layan ja