20120606

Lupakan...



assalamua'laikum..
selamat petang..
kiriman kali ini hanya untuk menjernihkan keadaan..
Alhamdulillah..

segala permasalahan mematangkan diriku...
kehidupan di Universiti berbeza dengan kehidupan di sekolah dulu..
lagi2 untuk semester 2...

-cara belajar ya berbeza..( nak dekat ujian,baru nak belajar)
-cara makan pun berbeza....( makan di rumah percuma dan rasa kenyang,berbeza di U)
-cara berkawan pun berbeza... (Seronok dapat mendekati kawan2 yg soleh,selalu gi masjid)
-cara menghabiskan masa pun berbeza...(di U habis masa di laptop, klau di rumah bersama kluarga,kawan2)
-cara berhadapan masyarakat pun berbeza....(jumpa Pengurus syarikat tak sama bila jumpa Jkkk kampung)
-cara mendapatkan "awek" pun berbeza..(awek yg mendpatkan aku adalah,perasan...)

baik lah..
lupakan..lupakan...lupakan..
tak sabar rasa ya nak habiskan ujian..
lepas tu nak bercuti...
14 jun..kertas terakhir...
bekerja..
dan menikmati kedatangan bulan ramadhan yang barakah...

memang betul..
setiap amalan dan perbuatan bermula dengan niat..
memang salah niat aku semester nie..
nak cari awek dan nak kawin..
adoi..patut la ak mengalaminya sem nie..
kena ubah niat nie setelah selesai cuti sem nanti..

apa2 pun..kenangan yang paling menarik bagi aku sem nie adalah..

-bermesra dengan orang kampung..(aku dengan bapak ak pun kurang cakap,tapi dngan orang kmpung bukan main mesra)..
-berani gila aku cakap ngan ibu bapaku ak nak kawin..mmang buang tabiat laa..
-urus pgram melibatkan rumah angkat, berniaga, dan cari tajaan adlah cukup kelam kabut..
-da berapa prmpuan ak kenal sem nie,berbanding sem lpas yg tiada lansung..
-jatuh kemalangan,lpas tu dapat tiket penerbangan percuma..memang ada hikmah..
-tak selesa betul berada di bilik bersama orang bukan islam sebab kurang menjaga kebersihan..
-kali pertama dapat gred c- dalam subjek ,telah membuatkan ak jatuh terus...
-dapat juga pusing bandar kk sepenuhnya, redah bukit tinggi di keningau dan tambunan umpama gi genting highland..

baik lah...
masa untuk lupakan semua itu.
fokus terhadap ujian..

"saya minta maaf terhadap sesiapa yang terlibat dalam kisah hidup saya,dan saya tiada niat untuk sakitkan hati anda2 sekalian,Jadi lupakan apa yang telah berlaku,dan maaf sebab suka buat cerita2 yang kurang enak didengari...kosong-kosong ya"

masa untuk ubah niat..
sekian..
wabillahitaufik walhidayah wassalamua'laikum warahmatullahiwabarakatuh..



No comments:

layan ja