20130101

Dah Tak Tahan Dah !!!..


Assalamua'laikum..selamat Malam.

pertama2 sekali..
memang ambe tak boleh nak tido pada malam tahun baru nie.
entah kenapa..ada yang tak kena...mungkin da tidur petang tadi..

mood sedang menyiapkan diri untuk exam..
belajar punya belajar, satu pun sukar nak faham..
lagi2 subjek ekonometrik..
pusing punya pusing satu pun tak jumpa..
nak minta tlong kawan,mcam da lewat pula...




abaikan..
bila dilihat2,dihitung2,dikira2, didarab2..
banyak gak dosa yang telah aku lakukan..
dari sekecil2 zarah sehingga lah sebesar2 gajah..
tapi kenapa diri ini tak pernah nak insaf..
tak bosan2 kew asyik melakukan dosa..
apa seronoknya melakukan dosa?
apa yang ku tahu, banyak dosa boleh masuk Neraka..




tak takut dengan api neraka?
mesti panas sampai hancur remuk anggota badan bila masuk sana.
da hancur lebur,lepas tu jadi balik semula..
sakit ya berterusan..
memang padan la nasib orang kafir sebab mendustakan ayat2 dari Allah..
hairan juga..kenapa manusia seperti aku nie tak berfikir?
api dunia pun tak tahan..
tapi kenapa aku tak pernah faham bahawa sakitnya azab neraka tu?
aku berlagak?
aku angkuh?
aku sombong?
aku riak ,nak menunjuk2 aku hebat?
bukan kah itu semua sifat2 dari syaitan?



aku kenal syaitan tak?
dia api,.
nasib baik aku tak nampak..kalau nampak,aku pun lari..
ya la menakutkan..
cuba tengok sebelah kanan..
haaah...terkejut mu..
selamat tak nampak..
tapi bayangkan dalam neraka, aku bersama syaitan gemuk/kurus dengan beban dosa2 aku.
tak sanggup aku..
tapi yang hairannya bila wat dosa,tak rasa jelek dan jijik pula...
sebab tu kata orang ulama lihat la dengan mata hati, bukan lihat dengan mata kasar sahaja.
jahil ya aku,jahil ya aku, jahil ya aku..(jahil=bodoh..)
Hati yang bersih mencerminkan akhlak seseorang kan?
Hati yang kotor cepat2 la cuci..
dengan apa nak cuci?
dengan mengingati Allah..(antara ya, solat, puasa, selawat, sedekah, dok dalam jemaah)



jadi insaflah..ingat mati..ingat mati..ingat mati..
aku ada masa untuk bertaubat..
macam mana nak taubat nasuha?
tanya la ustaz, kawan2 yang pakai kopiah dan serban sekeliling anda..
tapi yang aku tahu, jangan ulangi kembali lakukan dosa tu lagi..
dan aku prnah dengar..
bertaubat lah sampai syaitan bosan..
macam main game,lama2 bosan juga asyik main game yang sama..
tapi tak tahu lah ,kalau game 'dota' ,pes..
tu tanda ya syaitan belum bosan lagi..



ingat Allah, ingat Allah, ingat Allah..
bosan sudah melakukan dosa..
tu lah..
dari kecil ,aku sepatutnya kena takut api neraka..
nie kecil2 aku di didik dengan takut hantu,pembunuh,..
kesian aku..
bila tengok orang rajin baca Al quran..
rasa cemburu sangat..
kenapa la aku malas sangat tapi cemburu,hasad dengan orang2 baik..
baik..
ini realiti ya...
aku bukan hipokrit mcam korunk..
jahat kan aku?
dari tulisan,paras rupa korunk 'judge' aku..
tapi Allah sahaja yang tahu aku masuk Syurga atau Neraka..
lebih baik korunk doakan aku masuk syurga,
sebab kalau aku masuk syurga ,insha Allah.korunk pun masuk syurga,.tak gitu...



korunk tk pernah faham perasaan orang gila, nyanyuk, hilang akal,pendiam.
termasuk perasaan aku..
tapi harus diingat,orang2 yang aku sebut diatas dan bukan termasuk aku ini lah tak banyak dosa macam korunk.
jadi 'respect' la sume orang..
macam mana nak tunjuk 'respect'?
jangan kurang ajar, biadap, tunjuk belang,tunjuk pandai..
'just say' Alhamdulillah..Ya Allah, ampunkan dosaku ..aku bersyukur padamu...




dah lah..
tak payah nak berpura-pura seperti munafik..
berubah lah, berubah lah ,berubah lah..
anda telah diberi tanggungjwab yang besar..
sebagai abang, mahasiswa, pengarah, hamba, pendakwah..
jadi,pegang lah amanah tu dengan perasaan takut pada Allah..
bukan asyik dok memikir fitnah dari prempuan yang bukan muhrim.
bukan juga  dok mimikir nak makan sedap2 ja sampai kedekut nak kongsi..
bukan fikir nak cemburu dan hasad dengan apa orang yg dapat..
bukan dok memikir rasa diri itu hebat ,kacak, dan baik di khalayak ramai..



memang..
memang apa yang aku tulis, semuanya akan melantun pada diri aku balik.
tapi ingat.
ini nama nya nak mengajar diri..
agar diri aku ini sedar..
lagi2, da tahu diri aku nie pendiam, tapi bila di laman udara sangat bising..

sampai sini saja nak brcerita..
puas kot luah perasaan kat sini..
rugi siapa yang tiada blog..tapi lagi rugi orang yg muflis sebab mengumpat..
mesti ada yang tak puas hati dengan aku..
tapi harus diingat, malaikat catat dosa pahala aku yang karang blog nie..
bukan catat amalan korunk.
tapi kalau korunk sombong,belagak pandai tak nak tegur kesalahan aku..
itu tanda ya
korunk da tak peduli tentang saudara mu ini,
serta mungkin juga iman mu belum cukup sempurna..




tape la..
sekali sekala kasar bercerita..
nak juga sekali sekala jadi emosional sikit macam prempuan yang datang bulan.
apa2 pun aku 'respect' sume pendakwah yang menyampaikan benda yang baik.
walaupun tak berkata2..
cuma tunjuk perbuatan dengan menadah tangan untuk berdoa sebelum makan..
sebab itu kan sunnah rasulullah..
daripada orang berpidato cakap tak serupa bikin..lagi lah kasihan..

akhir sekali..
minta ampun ya pak,mak encik..
mod tngah nak exm ni..faham2 ya..
minta juga doakan ak selamat ,penuh ceria ,kuat ingatan,serta yakin dalam menjawap exm

kita tangguh dengan tasbih kifarah dan surah al asr.

"kata orang no 13 tu tak bagus, tapi setahu aku itu kan 13 rukun solat..jadi, perbaiki dan perelokkan rukun solat kita,insha Allah solat kita diterima Allah serta orang yahudi dn nasrani takut dngan kita,lagi2 kita manusia biasa yang bukan perfect pun kecuali nabi dan rasulullah,"



Semua gambar2 ini hanya la rekaan semata2, tiada kena mengena mengena yang dengan jalan cerita, Gambar2 ini dipetik dari rehelah di Ranau dan Kundasang ,mekasih bagi ajk permata keningau 1.0, 2012,
PEACE YO!!!...

No comments:

layan ja