20130114

Pahit Getir HKR 2013




Bismillah..
Assalamua'laikum,selamat malam..

segala pujian hanya bagi Allah,tuhan sekalian Alam..
Allahumma Solli a'la saiyidina Muhammad ,waa'la muhammad..
sama2 kita panjatkan kesyukuran..
kerna kita masih bernafas,boleh bertaubat, dan menikmati iman dan islam,
dalam keadaan yg tenang,tenteram, dan aman.

baik2.
sebnarnya nak kongsi sikit..
pengalamanku ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran pakatan Rakyat.
walaupun nampak2 biasa pergi sana tapi bagiku ia sesuatu yg baru,
dan sangat penuh 'duri' nak kesana..
HKR ni adalah bertujuan menuntut hak Royalti,Bersih,Lynas, dan Felda..
bagiku,
ak pergi sebab nak merasai apa yang saudara2 ku yang sudah teranianaya..
dan seperti kita tahu..
tolak kezaliman itu wajib,dan bela serta tunaikan hak itu wajib..

-kawan2 mahasiswa ku minta aku jadi wakil untuk Himpunan ini..
-Hari sebelum kejadian, mama ku risau nak bagi ak pergi , takut tk selamat,ada provakasi..
-Seblum aku bertolak, Abahku pesan hidup lagi tak 'Road tax'/lesen motor..(polis ramai)
-Baru nak g, helmet pula tade, fikir punya fikir, dapat juga pinjam helmet jiran...
-Dalam perjalanan,singgah petronas,isi minyak..alamak, tayar pula pancit, mesin pam rosak..
-Da sampai masjid negara, ramai nya umat manusia dtng,mana la nak park moto,risau kena curi..
-menunggu waktu zhor,jalan2 sekitar masjid..ada yg ambil wuduk guna air pancut..sempat aku beli baju HKR (rm 30.00) dan mafla palestin(Rm 15.00)..









-selepas solat zhor..berarak bersama yb salahudin serta dr chua jui meng..
-masa berarak,ak berpluang berada dekat dengan yb2 parlimen,siap ambil gambar mereka.
-masa berarak, tak abis2 melaungkan "hidup hidup,hidup rakyat,tolak2,tolak kezaliman.
-sambil2 tu juga selawat bersama mereka.
-jauh juga berarak..tengok kete2 berhenti,sambil pemandunya bersorak gembira,senyum..
-masa nak dekat sampai tu, aku dipimpin oleh seorang abang nie
-memang sepanjang berarak unit amal yg 'guide'...ak pun kadang2 ditolak suruh ketepi oleh unit amal










-da sampai stadium..memang stadium da penuh da masa tu..
-ak trfikir macam mana la nak masuk..
-banyak pintu ada kat situ.
-tiba2 tuan guru nik aziz baru datang dan masuk ikut pintu vip..
-pintu vip tu dijaga oleh unit amal.
-aku pun merayu punya la merayu nak masuk..sambil guna nama "UmS" semata2 nak masuk..
-aku kata ak datang jauh,sedangkan dari selangor ja..
-akhirnya abang unit amal tu mengalah..heheh..







-bila da masuk tu.ak ikut la laluan vip masuk..
-tapi bila da smpai depan,tiba2 ada orang halang,sebab hanya vip ja boleh lalu..
-aku pun tak tahu nak wat apa..
-fikir punya fikir, tengok diorang dari kerusi tempat duduk biasa lah..
-masa dekat kerusi tempat duduk tu, aku celah mencelah,cilok mencilok menuju tempat vip..
-ya lah..malu hanya sekali..orang bukan ingat aku..
-bila da sampai dekat dengan kerusi vip( pimpinan2 pakatan Rakyat)
-ada seorang tanya aku, kamu siapa? ak kata la aku dari ums
-lepas tu abang tu kata,bak kad matriks? aku pun cakap ak tak bawa,lepas tu ak tayang belakang jaket aku ada tertera tulisan ums...baru diorang percaya..
-boleh orang nie kata,kamu wakil mahasiswa yang nak beri ucapan itu kew?
-aku cakap lah yang ak datang nak ambil gambar ja..
-memang kelakar juga lah...nanti tak pasal2 ak wakil mahasiswa cakap kat depan,masuk tv.
-orang tu pun bagi ak masa 5 minit untuk ambil gambar ..














-subhanallah..Alhamdulillah,frst time jumpa orang berpengaruh depan mata..
-da macam 'photographer' profesional da ak kat situ...walaupun pakai 'camera' budak2..
-dapat lepak ngan dato'..memang feel lah dengar ucapan diorang..
-ak dengan slumber' buat muka tak malu bila dok situ ,sambil dilihat berpuluh ribu orang..
-tiba2 unit amal perasan aku da lama lepak tmpat kerusi vip..jadi dia halau ak..
-ak pun keluar dari situ, naik tangga sedikit dari tmpat vip..
-tiba2 jumpa bob lokman pula.heheh
-apa2 pun sepanjang ak berada dekat dengan tempat vip, memang penat,letih,lesu..
-ya lah, 2 jam lebih ,lama ak berdiri tegak,duduk sekejap ja, berpanas,lemas,lagi2 aku terlupa bawa air.
-ikut hati nak keluar stadium,tapi tak pasal2 susah nak masuk balik..
-sepanjang masa tersebut, ak dengar ito buat persembahan,dengar deklamasi sajak oleh a samad said, ucapan lim guang eng,mat sabu.tuan hadi,anwar ibrahim, bacaan doa oleh niz aziz,depan mata secara langsung..
-ada bacaan delgasi ikrar,laungan merdeka..
-memang macam mimpi,tapi ini la realiti..mekasih kepada kawan2 mahasiswa yang menyokong..











-akhirnya selpas azan asar berkumandang,ak terus bergeagas keluar..
-memang ak cari air dulu lah, balon la 2 botol air..
-sempat bergambar dan mengambil gambar..(bergambar bersama wakil dari terengganu)
-masa balik tu terlupa jalan balik menuju ke masjid negara tmpat ak park motor.
-macam2 orang ak tengok..tk kira agama ,bangsa, fizikal..sume bersemangat.
-masa nak alihkan moto,ada orang tegur ak,kamu nie pelajar kew?
-aku pun terberitahu aku pelajar "universiti Malaysia Sabah"..
-Alhamdulillah dalam jam 6 ak sampai rumah..












Alhamdulillah..
secara keseluruhan,puas hati sepanjang menjalani himpunan ini..
mekasih diatas kawan2 yang sudi mendoakan keselamatan ana..
untuk program ini, niat ana menjalani hanya lah untuk mengisi masa lapang dan melihat keadaan sekliling supaya kita lebih peka dengan isu saudara2 kita..
bukan untuk mencetuskan masalah, mengapikan permusuhan atau provokasi..
harap kita sesama muslim tidak menyalah anggap atau sangka..
kpada pihak "UMS" jangan ambil tindakan pada ana ya , kerana anda telah mmbantu ana dalam mencapai impian,insha Allah..heheh

"sebenarnya memang pahit untuk menyatakan kebenaran, tetapi yang pahit itu lah penawarnya"

sekian..'sharing is Caring'
wallahua'lam..takbir!!! Allahu akbar..



2 comments:

s e h a said...

acap pegi ?!
serious bangga gila !
tahniah for being part of the history
:)

AsyrafRashidi said...

pergi la..asy wakil mahasiswa..heheh
siap bersama pimpinan ...

layan ja