20130510

Berfikir di luar kotak....





Assalamua'laikum.
selamat malam semua..
alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Allah..
selawat junjungan ke atas junjangan mulia,
nabi muhammad s.a.w (allahumma solli a'la muhammad, wa'ala alihi muhammad).

baik2..
apa khabar sume?
kepada yang da biasa dengan mentelaah blog adalah perkara biasa..
tapi kepada siapa2 yg baru nak ceburi dunia blogger sangat best..
boleh citer macam2, luah masalah emosi, pandangan, idea, gossip,dan macam2..
tapi diharus diingat Allah sentiasa melihat, mendengar apa yg kita lakukan..

baik2..
ak disini bkan nak berceramah sebab ak tk pandai nk berceramah..
nak tahu, baru ak kenali diriku..heheh..
sebenarnya ak tk pandai bercakap..
bila masa ak cakap ja mesti orang tk dngar,diorang wat2 faham, merapu2, nada tk sedap..
tapi ak tahu..
ak boleh mengarah dan ak optimis terhadap idea serta strategi dalam nak wat ssuautu..
sekali ak niat ssuautu, ak tak peduli kata orang,snggup ambil risiko..
ak rasa perkara ini berpunca daripada sikap ak sejak kecil..
kamu orang nak tahu..
masa aku kecil2 dalam darjah 1 sampai 6, aku selalu kena buli..
selalunya orang yg pernah kena buli masa kecil2 nie, masa dia besar jadi bos..buli orang bawahan..
tapi jangan risau..
ak tade niat nak buli orang smula..
tapi ak nak guna kesedaran ak yang ada nie nak tumbangkan kezaliman (da macam politik pula)



baik2..
ak nak citer sikit pengalaman sepanjang ak da lama tak update blog nie..

-Festival Keseniaan Islam 2013
-Pilihan raya Umum 2013.
-waktu2 belajar di Menara Gading.
-Bersama jemaah
-Bersama Teman yg bakal dijadikan 'Isteri'..
-Masalah hati.

Festival kseniaan Islam..
ak nk citer ap pengajaran yg aku dapat..
'niat' masa naik 'fligt' sebelum masuk sem nie, ak da rancang untuk 'fokus' dengan fki..
orang lain fokus baiki 'pointer' tapi ak fokus untuk pgram..
baru aku tahu betapa susah nak dapat tajaan pgram..
lagi2 di sabah nie..
satu kk dipusing, mencari tajaan..
mekasih kepada saudara haziq kerana meminjamkan 'estima' dan 'bmw' bapanya untuk mencari tajaan.
ok jugak lah , pengalaman ku jumpa orang atasan antaranya pengurus,pengarah..
dalam meeting pula..
perghh....
pertama kali aku sertai mesyuarat yg paling Seronok dan paling 'touching'..
setiap kali mesyuarat mesti bergaduh...s/u, Pengarah, Timbalan Pengarah 2 , Bndahari 'attack' ak..
kira 5 lawan satu.
setiap kali ak bagi idea, tade 'back up' nie..
apa2 pun jika ak nak ssuautu, ak kena dapatkan juga, peduli la diorang..heheh
alhamdulillah.
masa pgram selama 3 hari,
memang memenatkan dan memuaskan..
bermula pada aktiviti pertama iaitu majlis pelancaran sehingga konsert amal penutupan..
nak tahu apa yang aku dapat?

-pertama kali jadi ajk teknikal urus muzik masa perjalanan konsert amal (kantoi salah tekan masa mainkan lagu negaraku)
-pertama kali, hubungi, jumpa, 'deal', artis persembahan,baru ku tahu macam mana gaya hidup mereka (antara artis yang jadi datang, imam muda Asyraf , Sham Kamikaze, Imam muda Hassan, Munif Hijjaz, Nazrey Raihan,..... yang tak jadi sebab mahal bayaran,Aizat amdan,Faizal tahir, Azlan n type writter,imran ajmain......dan yang ajk fki tak nak sebab mereka prmpuan dan suara ya aurat, najwa latif, ana rafali.
-pertama kali juga, urus protokol iaitu tentatif perjalanan setiap aktiviti,konsert, futsal,kolokium..
-pertama kali jadi 'Refree' dalam persahabatan futsal..
-pertama kali jadi ajk makanan, urus menu sampai ajk makanan marah dan 'touching' kat ak..
-pertama kali jadi ajk tajaan, dapat 'sponsor' dari Jakim, rejoice Tours..(kos kseluruhan program rm 15000++)
-Pertama kali jual tiket konsert di khalayak umum ('Respect' orang yg beli tiket sebab nilai tiket digunakan untuk menderma)
-pertama kali duduk makan semeja dengan pengarah jakim sabah dan prof2 masa malam penutupan..

yang kawan2 kena tahu..masa pgram tersebut, aku adalah timbalan pengarah..
terukkkan semua kerja ajk aku kacau...
sampai ada ajk, mt2, me2 touching dan marah dengan ak..
apa2 pun sangat puas hati seorang2..
banyak pengalaman yg aku dapat kot..
sekali sekala bangga tapi dalam blog ja..inshaa Allah diluar ak tk 'riak' sebegini...


Persahabatan Futsal









Pencarian Bakal Amal Islami







Kolokium Ummah Bestari Bersama Imam muda Hassan.











Konsert Amal Jalinan Ukhwah
















kita tukar 'Channel'
politik2..
sebenarnya ak tak thu menahu dalam politik..
tapi sejak masuk 'UMS'
sume pasal politik ak nak tahu..
lagi2 tentang pilihan raya..
ak tak mengundi pun sebab ak daftr lewat, masa bulan satu..
nak tahu apa yg aku dapat sepanjang pru 13..

-pertama kali ak duk menuggu keptusan pru sampai jam 2..gara2 nak tahu siapa menang..lagi2 PR (ptptn dapat hapus)
-pertama kali ak sertai parti dalam ikut penamaan calon, apa kejadah diorang kumpul ramai2 nie?huhuh
-pertama kali ak gaduh dengan bersilisih pendapat ngan orang dari parti isma, pas, Bn, dap ja belum lagi..hihih
-baru ku tahu, klau nak islam itu tertegak semula dalam negara, semua manusia perlu ada ilmu dan bijaksana..maksudnya para pengundi/penguasa terutamanya kena bijak mengundi, tolak penipuan dan kezaliman, sokong perjuangan islam dan kena sentiasa 'perbaiki' hubungan sesama muslim tak kira umno,pas,berjasa ...dan tolak perkauman..dan berilah keadilan pada setiap manusia..
-hidup nie jangan asyik tentang ja, sampai tak tahu apa yang ditentang..
-politik kampus tak perlu dikaitkan dengan politik luar..ak baru belajar jadi bakal terlibat dengan masyarakat diluar sana..pro m, pro aspirasi dan sebagainya tak perlu nak bergaduh...kita boleh wat 'chechk dan balance' sebab mahasiswa fokusnya kebajikan dan perlu adakan banyak pgram untuk tingkatkan kemahiran ,motivasi, pengalaman sebab kehidupan di U sangat seronok...(kita kena tahu apa ja kemampuan dan kuasa kita yang ada)..
-jadikan setiap berita yg didapat kita kaji,selidik, dan bukan percaya bulat2..
-yang aku perhatikan, orang da tak sokong parti 'Barisan Nasional ' tapi orang sebenarnya sokong sebilangn pemimpin yang masih adil dalam barisan nasional.jadi..jangan hairan suatu hari 'pr' akan memerintah jika orang yang adil beralih parti kepada parti yang lebih adil dan tolak kezaliman..

dan yang penting, aku belum kena tangkap ngan 'Hep' walaupun aku da 'join' mcam2 perhimpuanan siap bawa logo ums...kepada HEP sudah la tangkap pelajar..bagi kebebasan kepada pelajar untuk rasai hidup sebgai mahasiswa...dan lluskan dan beri lebih dana bagi pgram islamik sebab kamu jangan lupa dalam perlembagaan 'islam sebgai agama rasmi', kebebasan beragama dan bersuara...



semester 4, tahun 2, bidang ekonomi perancangan dan pembanggunan..
setakat nie, alhamdulillah..baik2 sahaja..
cuma beberapa subjek yang ak tak tahu beljar apa..
antaranya..pengurusan perakauanan, pengurusan maklumat, ekonomi antarabangsa..
mungkin sebab banyak kira2 dan teori yang ak tak mngerti , lagi2 bahasa inggeris..
tapi kelakar pula..
pensyarah bagi sbjek makro,kaedah penyelidikan,isu isu semasa boleh masuk dengan 'flow' belajar ak.
mngkin sebab ilmu yg diberi dekat dengan situasi hidup ak,,lagi2 kandungan pengajian banyak menyokong 'pr'..heheh
apa2 pun ilmu itu yg ak perlu ambil dan amal..
bukan beljar sekadar baiki pointer dan tak membina keperibadiaan aku..
tinggal sbulan lagi nak abis sem..
tak sabar rasa ya nak pulang ke kg halaman..lagi kawasan ak skarang di pegang oleh parti pas..
mesti lepas nie banyak pgram atau majlis ilmu disana..
lagi2 da nak dekat ramadhan..
bailik nie inshaa Allah ak naik 'MAS'..heheh (itu pun nak citer)


baik2..
kita tukar saluran balik..
bersama jemaah hijau nie membuatkan ku banyak belajar..
diorang sume baik2..
ikutkan ak ja yang paling kurang akhlak dan tak baik..
tapi ak dilema.
sebab ak niat 'join' mereka sebab nak ilmu bkan jawatan..
tapi bila lihat organisasi mereka di kampus buatku rasa trcabar dan nak pegang jawatan..
subhanalllah..
jauh kan lah aku dari itu..nanti sia2 ja amalan dan harapan aku..
tiba2 ak rasa ak layak pegang jawatan sedangkan aku orang 'semenanjung' yg tak tahu apa2..
apa2 pun aku nak buang jauh2 perasaan tersebut..
ya lah da ikut jemaah sahsiah jadi terasa nak ikut sahsiah...kalau ak ikut tabligh pasti ak tak perlukan jawatan..
ak rasa bila ak berada disamping jemaah,tiba2 terasa diri ini hebat walaupun sakit bila banyak ideaku ditolak tepi..
apa2 pun ..
pandangan ak tentang jemaah..kalau nak pergi jauh kena berpandangan jauh dan berfikir dluar kotak..jangan masih berada di takuk lama dan tak berani ambil risiko...jangan mimilih permusuhan kerana ia akan diakhiri dengan kebencian..tapi pilih lah kedamaian kerana ia kan diakhiri dengan ketenangan...lagipun politik kampus adalah dimana proses untuk seseorang belajar bukan untuk jadi wakil parlimen..


Bab2 cinta nie la yang 'best'...
apa2 pun percayakah anda..
saya da 2 kali bertunang tapi da 2 kali putus..hihih
bukan 'couple' ya..
saya kenal dengan prempuan dengan niat nak kahwin..
saya mncari prmpuan yang sederhana dan mas kawin, serta belanja yg paling rendah...
sebab itu yg sebaik2nya..
lagipun tinggal satu tahun ja nak abiskan belajar..
dan aku pun anak sulong..
kata orang di U nie la nak cari jodoh, masa kerja da sibuk..
masa sekarang amat dicemburui dan pantas berlalu..
saya da kenal perempuan dari perak, terengganu ..
tak tahu la ada tak jodoh..
tngok kesihatan diri pun da semakin sakit dan kurang berupaya..
apa2 pun Allah cipta manusia nie berpasang2 an iaitu lelaki dan perempuan...
jadi gunakan peluang yg diberikan dengan sebaiknya2...jangan kufur tapi bersyukur...

Masalah hati..
sekarang nie rasa kurang mengingati Allah...
dan rasa diri nie kurang berakhlak pula..
da lama da tak menangis.
kalau rasa nak menangis mesti aku rasa ada banyak masalah dengan orang..
jadi rasa kena cepat2 minta maaf ngan orang..
lagi satu mngkin rindu dengan suasana kg halaman kot..
apa2 pun doakan saya agar berubah jadi lebih baik dan sihat ya..
inshaa Allah, kawan2 sekalian sentiasa ceria2 ,senyum sokmo selalu..
saya sentiasa impikan silaturrahim yang hebat disamping diredhai ilahai antara kita serta yang mengenali diri ini...


baik lah...
untuk mengakhiri karangan ini, saya ucapkan semoga kita dapat menyambut bulan ramadhan yang akan kunjung tiba..
maafkan saya dengan kata2 saya sebelum nie..
tak puas hati boleh la jumpa saya..
yang pasti setiap apa yangg berlaku ada hikmahnya..
sekian..wassalam...





No comments:

layan ja