20130803

Coretan jaulah Pertamaku...



Bismillah..
assalamua'laikum dan selamat malam.
alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam.
selawat ke atas junjungan mulia, nabi muhammad s.a.w
allahumma solli a'ala muhammad, waala alihi saidina muhammad.

Pejam celik, alhamdulillah da masuk fasa ke 3 bulan ramadhan.
baik lah..
sebenarnya nak citer sikit perjlaananku bermusafir selama 30 hari..
Alhamdulillah ia semua hasil perancangan Allah..
niat di hati nak 40 hari tetapi belum kesampaian lagi..
perjalanan musafir atau jaulah nie bukan lah bersama kumpulan tabligh,
tetapi ana bersama2 kawan2 dari sabah yg sama ipta menziarahi semenanjung.
terus terang..
ana pun tak puas jalan semenanjung, tapi alhamdulillah ada rezeki berjalan bersama mereka.
da bersedia nak dengar perjalananku?

Hari pertama da semangat da nak sambut kawan2 dari sabah di airport sampaikan terawal satu hari.
terpaksa la balik ke rumah semula untuk menuggu hari esok sebab da tersalah lihat tarikh.
Alhamdulillah..
hari berikutnya, dapat jua menyambut kawan2 dari sabah di lcct..
lepas tu  terus ke labu ,negeri sembilan naik van yang dipandu oleh abang maaz..
singgah umah amanina sekejap, dipelawa makan nasi ayam tu sebelum bergerak ke Melaka.
sempat pusing2 bandar seremban dan bandaraya melaka..
niat ke melaka adalah nak belajar pondok di baitul qurra selama 2 minggu.
terus terang ini pengalaman pertama ana belajar secara bertalaqi.
sebelum sampai ke pondok, singgah menginap dahulu rumah keluarga maaz.
sempat kami beli belah di bandar membeli peralatan sebelum nak masuk ke pondok, macam jubah,kain pelekat., kain serban..
Alhamdulillah ,  ana dapat keluarga angkat baru yang baik2 disana.
kenangan tak dapat lupa, boleh pula lap top dan beg baju ,fon kakak muslimat di curi semasa perjalanan nak ke melaka melalui ktm seremban.







Perigi Hang Tuah





esok harinya, ana dan kawan2 terus menuju ke pondok.
alhamdulillah, malam pertama da mula buka kitab da..
belajar kitab feqah safinatun najjah,
ustaz shauqi mudir kami selama seminggu belajar kitab disana.
hasil pembelajaran , baru la ku tahu adab2 berguru yang sebenar serta ilmu agama yang sangat berharga nilainya..
bab taharah, solat, musafir,puasa ,muamalat dirungkai secara terperinci..
gaya ustaz shauqi olah ilmu sangat 'besh', 'cool' dan tk membosankan.
'aku anak kampung', 'ooh2 aku bosan', 'pelangi petang', memang syok lah suara ustaz nyanyi,
contoh ilmu yang diberi ustaz lebih mudah difahami dan mengikut realiti sebenar,
kalau bab2 sulit wanita dan lelaki .ustaz 'direct' dan open ja cakap..
alhamdulillah, ustaz banyak menjawap persoalanku mengenai masalah keraguan gara2 kejahilan ana sendiri

itu baru kitab feqah pertama..
rezeki Allah, Ana dapat mentelaah kitab feqah kedua mukhtasar latif bersama ulama syiria oleh syeikh taha al humaidi..
terus terang, berkat ulama yang ikhlas mengajar, membuatkan ku sayang dan cinta ulama.
kitab ini banyak aku ulangkaji bab feqah semula.
syeikh pun pandai berjenaka dan selalu senyum dalam mengajar kami.
bayangkan kelas 4 kali satu hari , dari lepas subuh, pagi, sebelum asar, dan lepas isyak.
sampai ada yang terlelap masa syeikh mengajar..
ya la syeikh ajar dengan bahasa arab, ustaz zul pula akan terjemah.
menuggu la kami untuk dapatkan ilmu..
yang tak dapat dilupakan, ustaz yg penterjermah pun boleh tidur sebelah syeikh semasa mengajar siap ustaz kena tegur dengan syeikh lagi..

kitab yg terakhir yg sempat ana mentelaah, ialah kitab usuluddin.
asal2 agama..tentang akidah yang diajar oleh ustaz zulkifli, ulama yang bersalasilah dengan rasulullah.
apa2 fahaman atau ideologi yang ada 'sm' diakhir perkataaan macam kapitalism,sosialsm sume ya bahaya dan sesat yang di bawa oleh barat.
islam sahaja agama yang diredhai Allah..
sifat2 atau maghrifat Allah dapat kami belajar, serta contoh yg diberi ustaz sangat mudah difahami.
hukum akal, mustahil, tak mustahil, harus aqli antara bab yg kami belajar.
bayangkan pokok tumbang di panah petir..
kejadian tersebut Allah yang memperlakukannya atas kehendaknya, dan kejadian tersebut tiada 'course' dan 'effect' yang mesti ditetapkan kejadiaannya seperti kebiasaan atau adatnya dan tidak mustahil bagi Allah untuk menjadikan pokok tersebut sama ada tumbang jatuh di atas tanah atau diatas dilangit sekalipun walaupun mustahil atau sukar bagi akal manusia hendak mempercayainya tapi itu kuasa Allah dan tanda keimanan serta wajib bagi kita mempercayai pada setiap kejadiaan hanya terjadi semata2 kerana Allah taala,
memang pening belajar bab2 akidah tapi ia akan menguatkan kita terhadap agama dan cinta hambanya pada Allah dan rasulnya..
memang santai 3 hari belajar kitab tersebut,
ustaz zul sempat citer mimpi beliau bertemu dengan rasulullah.
disamping itu, ana dapat tahu kegemaran ustaz zul sangat gemar minum air soya.

sepanjang di pondok.
-pertama kali berjubah siap mengenakan shawl yg telah diijazahkan oleh ustaz shauqi.
-bergaul dengan pelajar pondok yg ada seorang tahfiz,dan sume baik2 belaka
-makan dalam talam yg ala qadar, tapi boleh kenyang.
-seronok dapat g majlis ilmu di darul ulum,berqasidah bersama pelajar pondok, melihat syeikh taha tanam pokok .
-pertama kali ambil berkat dari ulama dengan minum sisa minuman ulama dan dapat cium tangan mereka.
-selama 2 minggu dikuaratin disana tanpa merasai kehadiran wanita yg siap berpurdah disana...begitu teliti menjaga ikhtilat di sana..
-sempat dan selalu makan nasi lemak di warung depan pondok yg sangat besh lagi jimat..
-setiap kali ada masa lapang ja tidur..heheh..penat agaknya..
-kuliah duha ustaz zul memang mantap dari segi pengisiannya..teringat kata ustaz zul tiada jalan pintas untuk jadi wali serta makanan lah punca utama amalan seorang muslim itu.
-dapat dengar ceramah dari ulama patani thailand iaitu babali tentang akidah.
-wirid latif dan wirid hadad memang menjadi santapan setiap selepas subuh ,asar dan maghrib.
-makan aiskrim coklat rm 1, lepak warung2 sambil tonton movie HBO tidak dapat dilupakan.
-masa hantar syeikh di airprt dari pondok melaka, memang senak dan sempit duduk dalam kete, bayangkan tempat duduk belakang kete kelisa dimuatkan seramai 4 orang..
-murid2 pondok yang rajin, adab ya terbaik inshaa Allah akan dapat sambung belajar di yaman, hadrahmaut.
-pesan ustaz shauqi lebih kurang mcam nie, kalau kita dekat dengan ulama, inshaa Allah akan dapat kesan yang baik daripada ulama.
-teringat pesan ustaz zul pada teman aku seorang nie,'jangan tidur...datang jauh2 tapi datang nak tidur'..heheh


Ini lah Kediaman Rumah kami







Hari Terakhir bersama Ustaz Shauqi



Barisan Syeikh2...




Bersama Pelajar Pondok

Ustaz Zulkifli dan Syeikh Toha Al Humaidi





2 mnggu di pondok adalah kenangan yg sangat indah dan sukar nak dilupakan..
jaulah dan permusafiran diteruskan sebaik keluar pondok.
kami singgah di rumah maaz semula untuk bersiap untuk menyambut 1 ramadhan.
hari keesokannya kami dapat bertemu abi yg merupakan seorang guru di madrasah yang 'simple' orangnya.
teringat pesanan abi ' setiap brainstorm mempunyai banyak pandangan dan idea, dan kena berfikir diluar kotak dan yg lain dari yg lain serta memahami,menerima, menghormati pandangan orang lain'
Alhamdulillah, dapat juga berjumpa rakan2 dari utem,uitm,politeknik negeri sembilan.
bayangkan masa nak berjumpa dengan rakan2 nie tak tahu pula jalan sampai terlajak berbuka puasa,
Selepas jumpa rakan2 jemaah dapat kami singgah rumah izzat perkena minum teh.
Di melaka juga, kami dapat bersiar2 di kota melaka,melaka center, a famosa, dataran pahlawan, kedai buku ,perigi hang tuah..besh beronda dengan khairul lagi2 masa mencari 'frame' di mahkota parade.
yang tak dapat dilupakan apabila kami singgah makan tengahari selepas solat jumaat di satu warung ini..mahal kot harga makanannya dan tak setimpal apa yang diberinya..nasi pataya da rm 6 kalau tak silap...nasi cili api dalam rm5.50, macam letak bawang ja...
kami complain kami2 ja sebab hak pengguna, alhamdulillah dalam hati kami redha..heheh..
kami juga dapat singgah rumah sahabat kami ,wani, sampai sesat jalan dalam menuju kerumahnya,
dalam waktu yg sama ,boleh pula kami dok bertelagah tentang boleh jamak tak solat, akhirnya bila talefon tanya ustaz shauqi, ustaz kata qada' ja sebab perhentian musafir tidak boleh melbihi 24 jam..heheh..



Bersama Abi











Bersama Rakan dari2 Utem, Politeknik.






Ini lah Restoran yg dikomennya.

permusafiranku diteruskan hingga ke selangor dan Kuala Lumpur.
di selangor, kami tinggal di rumah kawanku ainul di sepang.
muslimat tinggal di rumah liyana di bangi.
di selangor nie, perancangannya adalah menziarahi rakan2 di Um,Uia, Ukm, Upm..
sempat juga jumpa alumni Ums seperti abang Ky yg bawa jalan ke sri gombak siap belanja makan tengah malam..malam sahur hanya perkena 100 plus dan roti gardenia ja di pejabat sri gombak.
selain jumpa abang ky dapat juga jumpa abang afiq (SMM), shah jabran dan safwan anang yang merupakan aktivis mahasiswa yg aktif memperjuangkan hak mahasiswa di rumahnya dekat sg buloh.
kisah lain, yg tak boleh dilupakan adalah hanya makan gula2 getah ja masa brbuka puasa gara2 jem nak ke Uia..
kenangan lain, masa balik dari jumpa rakan  Um di sg buloh, muslimat boleh pula sesat masa jalan pulang ke bangi sampai ada yang menangis..heheh..
komen sikit, banyak betul tol sepanjang lebuhraya guthrie nak balik dari sg buloh ke putrajaya.
Pengalaman lain, dapat membeli belah di Kl area masjid jamek sambil jalan2 dan bersolat jumaat di masjid negara dan bergambar di parlimen.
dapat juga beli buku haraki yang dihajati..
di selangor juga kami sempat menziarahi rumah saudara kawan2 di kota warisan, rumahku juga,
apa2 pun..gerakan mahasiswa di semenanjung sangat matang dan menyerlah dalam memperjuangkan hak2 mahasiswa dan masyarakat.









selepas selangor, destinasi seterusnya di perak.
ak, kamal, dan shafie hanya naik Klia transit dari sepang ke kl sentral dan ktm ets ja menuju ke batu gajah, perak bersama muslimat lain.
sebelum naik ktm ets sempat berjumpa seorang pak cik,muka ya saling tak tumpah macam anwar ibrahim..
pak cik ini ingatkan ak dan kawan2 ku nie baru keluar tabligh 40 hari...rupanya beliau seorang pengkaji yg menjalankan penyelidikan tentang pendidikan kebangsaan.
2 jam perjalanan buat kali pertama bagiku merantau di negeri perak..
sampai di perak terus singgah di surau di rumah taman fairus kawasan teronoh yang dikunjungi tabligh2.
niat disana nak singgah berbuka puasa di rumah muslimat fairuz dan pinjam kereta mpv ya.
alhamdulillah..rezeki telah mempertemukanku dengan keluarga khairul di lumut perak serta sempat ziarahi rakan2 di Universiti petronas.ainul sempat pulang ziarahi rumah nenek ya disana dan kata ya berminat nak berniaga bantu keluarga neneknya..











214 km dari ipoh menuju ke kedah pula..
Memang santai khairul bawa kereta ke sana walaupun lampu merah belakang kete kelisa da mati.
kami sempat berbuka puasa di tol area pulau pinang.
niat ke sana nak singgah rumah kak nusaibah area alor setar,lupa da kg apa..
serta berjumpa ulama tasawuf syeikh zainul asri.
bersama ulama sempat kami berkongsi tentang haraki perjuangan serta baru tahu ada hadis tentang kisah di mesir baru2 ini..
selain bersama syeikh di kediamannnya, sempat kami singgah madrasah syeikh yg belum siap tapi anak didiknya ramai dan hebat2, ada yng da berumur 19 tahun da hafiz khatam 30 juzuk.
syeikh selalu berselawat dalam ceramahnya, tak sampai 10 saat mesti 'Allahumma solli ala saidina Muhammad'
Teringat pesan syeikh,bunyi ya lebih kurang macam nie' bukan senang nak istiqamah, kalau da dapat istiqamah, dah lain dah darjatnya macam wali Allah..'
Alhamdulillah..sepanjang disana keluarga kak nusaibah melayan kami dengan baik walaupun berkongsi bilik air dengan muslimat..maksudnya bergilir2 dalam menggunakannya..
disamping anak buah kak sheeba yang nakal lagi tembam menjadi hiburan pada kami..heheh
kak nusuaibah siap tegur lagi,masa tu da lewat malam, lebih kurang bunyi ya macam nie 'da2 tutup tv tu pergi tidur, da lewat da' boleh pula ainul kata kak sheeba da macam mak da...heheh
Pagi keesokannya, sempat kami bermain2 di kebun kak sambil petik buah disana..siap ada kambing peliharaannya disana.
kete ainul sempat diservis lagi iaitu ditukar minyak hitam dan dibersihkan kipas air cond...
pekan rabu di kedah boleh tahan baranganya,sempat kawan2ku dengar pesanan tok ayah di pekan rabu.
sebelum bergerak di destinasi seterusnya iaitu kelantan, kami diberi rezeki menziarahi makam as syahid ibrahim libya..boleh pula mpv fairuz terlanggar batu semasa nak masuk simpang jalan ke makam..






Syeikh Zainul Asri

Di Makam As Syahid Ibrahim Libya di Baling.


Pekan Rabu


sesudah selesai menziarahi makam, permusafiran diteruskan ke kelantan.
memang jauh perjalanan sebab ikut jalan gerik.
jalan ya bengkang bengkok serta agak bahaya selekohnya..
dengan slumber ya khairul bawa kete sambil ainul menghiburkan hati..
alhamdulillah sampai jua kelantan,negeri serambi mekah..
sampai2 ja terus berbuka di shell..berbuka dengan buah yang dipetik dikebun kak nursuaibah..
dari jeli nak ke kota bharu tu memang jauh, lebih kurang 100 km..
sampai ja di wakaf che yah, abang jo (pic kami terus ambil peranan)..
kami bermalam di rumah kak najwa..
alhamdulillah..layanan yg baik di rumah kak najwa..
tapi ana pula dilanda demam hari keesokannya..
memang badan letih dan lesu, terpaksa lah berbuka puasa awal..
boleh pula umi kak najwa sediakan susu high goat kat ana..
kawan2 ana sume sempat pergi dengar kuliah duha tapi ana tertinggal di rumah..
memang , bila demam sume ya tak lalu...
segan ana tak berpuasa tapi sibuk berbuka puasa dengan kawan2..
alhamdulillah, dalam demam2 ada juga rezeki dengar ceramah qaryah ramadhan ustaz azhar idrus di perkarangan stadium kota bharu dan teman kawan2 berbuka disana..sempat berjumpa dengan mat kawan ums...
malam tu singgah Kb mall untuk bayar bil broadband..setiba ya disana, badan ana tak dapat dikawal lagi, sampai jatuh di lantai,nak pengsan..
Alhamdulillah..subhannallah..kawan2 ana sangat membantu ana..
sempat mereka membawa ke hospital kota bharu, ana disaspek denggi oleh doktor sebab darah da pekat..
kena masuk air lagi tu, kata kawan ku khai, 'doktor masuk air twister,lepas tu boleh jadi iron man'.
apa2 pun terima kasih kepada mereka,inshaa Allah 70000 malaikat bersama anda semasa menjaga ana sakit.
dapat berjumpa rakan dari UMK di masjid pulau melaka,terkilan ana sebab  di masjid pulau melaka ana terlantar baring gara2 sakit dada akibat demam..
alhamdulillah..sakit semakin sembuh..
sempat ana dan rakan2 ziarah masjid beijing dekat dengan sempadan thailand, dan beli sedikit barang di pasar bebas cukai rantau panjang..murah juga barang disana, dapat ana beli jubah haramain dalam rm100..
balik dari pasar , zeehanis sempat membawa kami menziarahi rumahnya di Tanah Merah...
hari tersebut juga, kami memperoleh rezeki berbuka puasa dan berterawih bersama abang ashrul, alumni. disamping petang sebelum berbuka tu sempat singgah melawat pondok pasir tumbuh..
kawan2 lain sempat pusing2 pondok, tapi ana terlantar dalam kereta sebab badan letih sangat akibat demam,.
Alhamdulillah, mekasih kepada abah abang ashrul yg merupakan bekas pensyarah di fakulti pengajiaan islam Universiti Malaya sebab hadiahkan kami buku fiqh solat..
sepanjang di kelantan, sempat ana bersama kawan2 pusing2 di kota bahru kelantan.
sebelum meneruskan perjalanan jaulah ke negeri seterusnya, kami sempat bergmbar bersama keluarga kak najwa serta cuci kereta bersama rakan2..
Apa2 pun memang rajin rakyat kelantan berniaga, sehinggakan di  Mall pun ramai orang islam yg jaga dan jadi pemilik kedai...rakyat ya juga yang cakna isu dan selalu diberi pengisiaan ilmu oleh tuan2 guru...



Bersama Abang Ashrul


Di Pondok Pasir Tumbuh...




Di Masjid Beijing
Seronok Nak ke Pasar Rantau Panjang..





Bersam UAI





Jom Cuci Kereta

Bersama Keluarga Kak Najwa




Terengganu darul Iman..
kami bertolak tengah hari ke sana..
niat nak ziarah kawan2 ..
alhamdulillah..sampai sana terus berbuka puasa di rumah kawan shahrul, kak Fiza..
paling manang, ayah kak Fiza paling besh bila di bawa bercerita..
ya la pengalaman beliau sebagai bekas komando..
paling tak boleh dilupakan kena pak cik tu minta kami tidur di surau hijau bukan di surau biru ..
dengan sejuk dan banyak nyamuknya..
mungkin ini dinamakan latihan askar bak kata ainul..
pagi keesokan, kami dibawa jalan2 ke bandar kuala terengganu..
singgah masjid kristal main gintel,mydin, beli belah di pasar payang ,singgah masjid terapung..
hari esoknya baru bertolak ke besut..
secara kebetulan masa datang besut ada pilihanraya..
sempat bertemu ustaz abu bakar chik, pengendali madrasah untuk dapat tausiah, serta pengalaman.
pulang dari besut singgah umah kawan ana, khairul wan muda walaupun sekejap untuk tidur, dalam 4 jam ja..sahur pun tak sempat di rumahnya...
jaulah di terengganu diakhiri dengan melawat ustaz abu bakar chik di madrasahnya..
hebat pemikirannya yang berpandangan jauh sampai ke 'international'...ulama yg serba boleh dan moden.
teringat pesanannya..'jika tempat tu atau bandar tu tade harimau buat apa nak takut harimau..'
beliau sentiasa ingatkan tentang dakwah dalam membina masyarakat yang islami..
madrasah tarbiyah beliau da lahirkan para huhaz dan hafizah yang cemerlang dalam peperiksaan..
apa2 pun sedap makan nasi arab yang menjadi menu berbuka puasa di rumah ustaz abu bakar..
besh juga dapat balik negeri Terengganu kelahiran bondaku..


Di Kuala Besut, Terengganu



Bersama Ustaz Abu Bakar Chik

Masjid Terapung

selesai menziarahi ustaz, kami terus merancang pulang ke selangor..
bagiku..di terengganu adalah negeri destinasi terakhir permusafiranku untuk jaulah pertama nie...
paling besh jalan nak pulang ke selangor..
sampai masuk jalan lebuh raya yang tak siap area kelantan..jalan ya seram2 sejuk sebab malam dengan dikelilingi gunung-ganang, bukit bakau macam da dalam citer lord of the ring da..selepas tu terpaksa jalan kampung sebab lebuhraya tak siap lagi..
memang risau jalan malam,lagi2 ainul bawa kereta.
berganti2 yang bawa kete, mula2 ainul selpas tu khairul ,dan akhirnya shahrul...
sempat kami singgah tidur di RnR..
akhirnya sampai juga tol di gombak...
apa2 pun gara2 aku salah ijtihad, terus sesat ke jalan sg buloh tembus kota damansara dari lebuhraya gombak..
yang risaunya da nak abis da waktu sahur..
akhirnya bersahur la kami di restoran alif bistro kawasan balakong, batu 11..perkena nasi ayam sekali.
singgah rumah liyana hantar muslimat di bangi lalu terus ke rumah ainul di sepang..
sampai di rumah ainul memang lentok habis...
hari keesokannya kami muslimin datang umah liyana semula untuk berbuka puasa..
sempat berterawih sendiri di masjid putrajya gara2 lewat sampai..lepas tu singgah masjid besi jap ..
alhamdulillah, ada rezeki jumpa ustaz zulkifli di masjid besi tuanku mizan yang mengajar dalam tv al hijrah..
selesai singgah masjid besi, perancangan jaulah diteruskan ke 'uptown' cheras..
memang kelakar dalam perjalanan ke sana, gara2 ak salah ijtihad jalan lagi..
kali nie lambat 10 minit lagi sampai kesana..
yg hairannya, niat ke sana nak singgah makan ja daripada beli barang..perkena burger sekali..

Alhamdulillah..dengan berakhirnya pergi uptown, ana dihantar oleh kawan2 pulang ke rumah ana..
kawan2 ana yang dari sabah tu masih meneruskan jaulah..
ada yang melawat saudara mara, ada yang menghantar mpv ke perak semula, ada yang pergi konsert qasidah di putrajaya...
apa yang dapat ana simpulkan..

"ilmu itu dapat diamalkan apabila diri ini berada di situasi realiti yang sebenar , apabila menghadapinya inshaa Allah, semua ya ujian dari Allah, jadi bersangka baik lah dengan apa yang diberikan Allah kepada diri ini, analogi nya , Kalau nak lulus ujian mesti kena baik dengan pemeriksa kertas ujian, jadi kepada Allah sahaja kita berdoa agar dipermudahkan dan diluluskan ujian, lagi2 doa2 orang yg musafir 'plus' orang yg sedang berpuasa mudah diperkenankan ilahi..."


untuk penilaian sahabat2...ana tak berapa berani..tapi ana cuba2 beranikan diri...

Kamal: seorang yg sangat caring, beliau lah jaga ana di rumah kak najwa dikala sume muslimin hilang meninggalkan ana..tak kekok bantu ana..memang seorang yang tetap pendirian.

Shafie : sesuai dengan nama ya..seorang yg banyak ilmu didada..seronok bila bertukar2 pandangan..beliau memang memahami pemikiran ana lah..

Khairul : ketua yang tenang...bersemangat naikkan semangat kawan2 ya..selalu nasihat ana.paling besh kalau menyanyi...

Shahrul : Paling Simple, selalu memudahkan kerja kawan2 walaupun agak tegas dengan beri arahan..

Ainul : Paling Banyak berkata2..memang kena cara dan gaya dalam sampaikan sesuatu..cuma agak sambil lewa dalam jalankan tugasan..

Untuk semua Muslimat : ana kurang perhatikan..apa2 pun sume memang pandai jaga harga diri sebagai seorang muslimat dan sebilangannya 'caring' terhadap ana ( masa ana sakit ja)..heheh

untuk ana : memang pendiam dan saling memperhatikan orang..cuma suka wat salah ijtihad.

Alhamdulillah, ukhwah terjalin melalui jaulah ini..semoga apa yang didapati dapat dikongsi kan kepada antum yg mengenali diri ini..
akhir coretan..selamat menyelesaikan ibadah puasa dengan rahmat dan redha dari Allah..
sempat untuk ana minta maaf sempena hari kemenangan islam iaitu hari raya aidilfitri kepada sesiapa yang mengenali diri ini..
insha Allah ana maafkan semua kesalahan kawan2 dan semua yang mengenali diri ini yang tersurat dan yang tersirat..ana da lupakan kesalahan semua orang dan harap sesiapa yang mengenali diri ini da maafkan dan lupakan kesalahan diri ana ini..

Bagi ana, pengalaman bersama alim ulama dan ilmu itu sangat berharga berbanding 'duit' sebab Allah akan angkat darjat orang berilmu dan beriman ..Bila darjatnya diangkat, inshaa Allah, Allah akan menjaganya dan mempermudahkan urusannya dan memberikan rezeki yang tak disangka2 berdasarkan niat yang ikhlas ingin membantu Agama Allah..
mekasih kepada keluarga terutamnya abah, mama dan mak teh kerana 'sponser' perjalanan jaulah saya..
Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka dan dimurahkan rezeki di dunia dan diakhirat...inshaa Allah..

sekian,
syukran jazilan khairan khatira.
wassalam..













1 comment:

Nur Farahin Balqish Bt Salehudin said...

rindunye nak pergi ke Baitul Qurra'...Ustaz Syauqi slalu dtg mengajar kitab matan abu syuja' kat maktab kami di Bangi :)2 minggu lepas baru ade daurah kilat fasa 1 kat sane...moga Allah permudahkan untuk daurah fasa kedua...

layan ja