20131104

Road to MPP Ums 2013/2014



Assalamua'laikum..
selamat sejahtera..
Alhamdulillah..kita masih dikurniakan nikmat untuk menghirup oksigen,
denyut2 nadi kita sentiasa mengingati Allah, tuhan Pencipta sekalian Alam.
Marilah kita berselawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w
Perjuangan dakwah Rasulullah telah sampai ke hari ini hinggalah ke hari akhirat..

baik lah kawan2..
lama da saya tak kemaskini blog ini..
saya karang kerana ingin jadikan ia kenangan dan diari cerita hidup saya..
nanti boleh citer dengan cucu cicit nanti..heheh..jika ada..
banyak citer da dapat, sebab banyak orang da diri ini temui.
tapi kali ini saya fokus kepada 'road to mpp Ums'..
sama ada saya berjaya atau gagal?

"'Bawakan aku 10 orang pemuda, Nescaya akan ku goncangkan dunia' Petikan kata2 suharto."

niat ini sejak semester lepas lagi..
ada kawan ku khairul yang mencadangkan.
tapi masa tu berbelah bagi..ya lah, siapa la diri ini untuk menggalas amanah yang besar..

tapi akhirnya , saya membuat keputusan dalam perjumpaan satu malam ..
kenapa saya memilih, sebab da tiada lelaki yg nak berminat untuk berjuang dalam medan pertempuran ini melainkan 2 hingga 3 orang sahaja lelaki yang faham dan mampu akan perjuangan ini.

dalam menuju hari sebelum penamaan calon,
macam2 sesi lah diri ini hadapi..
tapi paling menyentuh hati ini apabila diri ini menubuhkan Pro Harmoni gara-gara ingin menampakkan diri macam orang tengah yang tidak menyokong mana2 pihak.
akhirnya kena bubar pro harmoni sebab kputusan sebulat suara dari kawan-kawan yang telah mencadangkan saya untuk menjadi mpp.. keputusan secara musywarrah memang akan ada keberkatan.

bukan apa.
nak bertanding mpp ini, kena ada pengaruh sebab guna sistem undi..
sebenarnya kawan-kawan , saya memang berasal dari pro Mahasiswa tetapi nak ambil langkah selamat
lalu saya menubuhkan sesuatu yang baru..
masa tubuh pro harmoni tu memang, saya sedang mengkaji kedua-dua belah pihak iaitu pro aspirasi dan pro mahasiswa..

akhirnya sesi 'grooming' menjadi detik pencetus semangat iaitu
saya sudah bersdia untuk mengikuti kancah politik kampus.
saya tahu apa matlmat dalam perjuangan ini.
sebab saya sudah memilih islam, jadi 'ending' hidup saya adalah akhirat..
jadi untuk di akhirat.. apa yang perlu saya bawa untuk bekalannya?
bukan bawa harta dan pangkat di dunia, tetapi bawa amalan yang diredhai Allah..
dengan melihat kemampuan saya yang suka untuk memimpin dan membantu kebajikan orang,
jadi saya memilih jalan ini untuk mendapatkan bekalan yang akan dibawa diakhirat..

dalam sesi grooming,
-saya tidur di hutan dikelilingi nyamuk, kesejukan sebab selalu hujan dengan beralaskan kanvas..
-pakai 1 pakaian sahaja selama 3 hari.
-makan mee mentah,telur mentah dan digaul scot emosion.
-meniarap ditanah sepuas2 nya yang dikelilingi lecak..
-paling seronok, mengangkat tayar lori secara 2 dan 3 orang, hinggakan kawanku shafie macam terkehel leher ya.
-makan biskut yang digaul2 dan dihancurkan oleh tangan-tangan kawan yg kotor
-rasaya tak tidur 2 hari..
-sesak nafas sebab lari tanpa henti,dalam keadaan lecak.
-kena buat tandas sendiri.
-paling angin, kena 3 kali penampar dari senior, rasa nak pecah gegendang telinga.heheh

apa2 pun dengan cara ini mengajar saya erti susah..
sebenanrya perjuangan rasulullah lagi sukar..
ingat kisah rasulullah yang pernah berdakwah di taif, shingga dilemparkan batu2..
saya sudah tahu matlamat pro Mahasiswa, kita kena sedar, ubah sistem yang sedia ada yang menyekat kebebasan hak-hak mahasiswa..
mahasiswa adalah orang yang bakal menjadi pemimpin negara, dan golongan bijak pandai yang dipercayai masyarakat..jadi cukuplah daripada pihak2 tangan ghaib ini yang ingin menyekat dan menghapuskan pemikiran mahasiswa...
kita bukan budak sekolah yang hanya ulat buku..
kita ada pendirian, kita ada idea baru, kita boleh bergerak kemana kita suka..

Alhamdulillah selesai sesi grooming.
saya fokus mencari isu2 mahasiswa..
dari kolej ab hingga kolej E saya mencari isu..mendengar suara mahasiswa..
macam2 isu, antara ya makanan, bas, tempat kediaman, wifi dan sebagainya..
Alhamdulillah.
saya sempat berjumpa pegawai bas bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah bas.
tetapi hampa bila tidak dapat berjumpa pegawai keselamatan untuk dapatkan penjelasan kerana
saya bukan mpp dan kena buat surat yang disahkan dekan untuk dapatkan maklumat..
selain itu, sempat juga bersama-sama masyarakat mangsa  kebakaran di menggatal.







perjuangan ini tetap diteruskan sehingga la hari pembeliaan borang..
kawan2 nak tahu,
nk dekat 5 hingga 6 kali saya isi borang..asyik2 salah..
ya lah risau kena bantahan..
satu borang berharga rm 20..
lepas tu kena minta sign Timbalan naib Canselor (HEPA) lagi...
nah..kena la sekali ceramah..
TNC kata dia penat dengan kerja-kerja aduan pelajar, ibu bapa dan aduan polis yang dibuat..


selain melengkapkan diri untuk keperluan bahan-bahan,
saya juga telah berkenalan dengan bekas-bekas pendebat ums untuk melatih saya bercakap.
ya lah..
saya nie tak lah pandai bercakap, tapi suka menulis.
di odec, di tangga bertingkat2 sebelah library, di masjid tempat saya mengasah bakat bercakap.
terima kasih azaina dan azi..
dan juga kepada kawan2 seperti abang khairudin, abang ashraf, liyana, saddam, syafie, kamal, hashimah,kak adila ,zeehanis dan yang lain2.

dari segi manifesto saya pula berubah2.
antara manifesto pada mulanya adalah

-printing percuma
-buka kedai 7eleven.
-perkhidmtan teksi kampus harmoni.
-perbanyakkan program ilmu.
-naik taraf /baiki kemudahan dewan kuliah pusat lama
-tubuh skuad amal makruf, nahi mungkar.
-hak kebebasan suara mahasiswa dengan mewujudkan speaker corner

dan akhirnya saya memlih untuk manifesto iaitu menubuhkan ajk pemantau bas, memperbayakkan kupon2 makanan dan perbanyakkan program ilmu untuk masyarakat diluar sana untuk belajar di kampus.



sehingga lah detik penamaan calon.
memang pertama kali mengikutiya.
ramai kawan-kawan yang menyokong pro M datang beri skongan.
Alhamdulillah.
penyokong saya fairus fadhilah dan pencadang saya azaina Lanus memakai tema biru datang mengiringi saya.
segalanya dipermudahkan.
cuma semasa sesi bantahan, saya dengar khabar angin saya mendapat 18 bantahan terhadap borang.
memang cuak dan risau, dalam hati macam tak lepas jadi calon.
akhirnya kputusan diumumkan lalu saya layak bertanding..
bantahan2 tu ditolak kerana kesalahan2 remeh temeh.
memang persaingan sihat la untuk kerusi umum, 7 calon pro m , 7 calon aspirasi, 2 calon bebas.









semasa berkempen memang meltihkan.
selepas penamaan calon, malam tu terus sesi rapat umum,
kempen diberikan 2 hari ja..
satu malam 2 kolej kediaman untuk rapat umum.
seronok dapat berkenalan dengan ke 15 calon umum tersebut.
di kolej Ab, saya rasakan ucapan saya terlalu 'nervous' laju, dan lantang macam nak marah ja..
di kolej Cd, saya rasakan nampak kurang nervous,perlahan dan bersahaja..
di kolej Kf, saya dapat rasakan seperti santai, olah ayat berdasarkan point sendiri.
di kolej E, rasa aura pelajar yang begitu semangat dengan sorakan, tetapi saya sering tersasul pula cakap.
di Kolej Angkasa, rasa macam tak berapa yakin sebab ada sesuatu yg menghantui diri.
di kolej Ip, da mula rasa selesa untuk bercakap, kurang tekaanan..











mekasih kepada pesaing2 saing saya macam amiruddin, taufik, saripudin sebab beri motivasi untuk saya berhujah...terharu juga ada pihak aspirasi beri teguran untuk saya perbaiki percakapan saya.

pengalaman tak dapat lupa masa kempen.
-sempat juga bentang manifesto dalam bas semasa perjalanan pulang ke kolej.
-terharu tengok poster2 diri ini terpampang di keseluruhan kampus.
-berjumpa dengan pendebat2 serta orang atasan yg hebat2 macam Tnc ,pengetua kolej2 dan sebagainya.
-sering menjadi buat mulut pelajar yg menanyakan diri ini , dan memberi kata2 semangat.
-pernah rasa tak boleh tido, gara2 esok nak penamaan calon ,risau borang akan kena bantahan.
-nak kena pakai 'smart2' semata2 nak berkempen, harus menjadi contoh kepada pelajar.
-terharu tengok penyokong pro mahasiswa bersorak2 sebut nama diri, macam da kat dalam stadium
-macam2 tagline berkempen saya dengar untuk calon umum ini, antara ya HITAM, SUARA, ILMU, CIKGU, POISE, KK, AMIR...

Hari pembuangan undi.
saya keluar lewat dari hostel dalam jam 10 gitu..
tinggal kelas pagi tu,
macam biasa tunggu pelajar di tangga depan kuliah pusat,
menantikan pelajar yang datang untuk mengundi.
rata2 pelajar apabila ditanya mesti mereka akan katakan akan mengundi calon pro mahasiswa.
memang senarai no undi calon pro M siap mereka siap hafal lagi.
siap ada yang ingin merakam video ucapan saya lagi..







Malam tu, sesudah solat maghrib keputusan telah dibacakan oleh TNC.
ada juga rasa da terbayang bila menjadi mpp.
tapi bila lihat senarai 'top 7' tiada nama..
hanya ketinggalan 14 undi daripada calon ketujuh..
ku lihat beberapa calon-calon pro M yang lain agak sayu, dan sedih..
ya lah melihat persiapan mereka dan doa mereka begitu tinggi.
tapi apakandaya..mungkin bukan rezeki di Mpp.
malam itu diakhiri dengan doa wehdah, dan meraikan kemenangan seorang calon umum, nurafizah
dan 3 orang calon sekolah iaitu shafie, jumardi, dan amirah azilah..
perubahan yang ingin dilihat berlaku di sabah tidak kesampaian seperti mana kampus di semenanjung.

analisa yang dapat untuk pilihanraya kampus adalah
hanya 33% peratus yg keluar mengundi, dalam anggaran 3500 pelajar yang keluar,
berbanding 15000 ribu pelajar keseluruhan ums.
saya hanya mendapat 1469 suara undian sahaja.
dam nurafizah mendapat 2150 undian ranking pertama yang paling tertinggi.
kepada pemenang, pegang la amanah kerana takut kan Allah ..sebab Allah pasti memberi ganjaran pahala yang baik kepada hamba ya yang taat dan patuh akan perintahnya, manakala Allah pasti akan berikan azab jika hamba ya yang melakukan larangannya..sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka luas, dan Allah maha pemberi keampunan.

apa2 pun..
itu lah pengalaman yang telah saya dapat.
bukan apa.
mpp ini adalah wasilah untuk belajar berlaku adil dalam memberikan hak yang sepatutnya,
dan menolak yang batil sebelum keluar berhadapan masyarakat setelah tamat belajar nanti,
boleh ja seimbang pelajaran dan amanah yang diberikan.
saya sebenarnya kurang suka dengan orang yang tidak mengambil tahu tentang kepimpinan atau politik, tetapi bila mereka2 ini merasa susah atau hak ya dicabuli baru sibuk2 , terhegeh2 mencari pemimpin lalu menyalahkan pemimpin.

sepatutnya ilmu siyasah atau politik ini kita kena ambil tahu,
sebab kita akan dapat tahu hak kita yang perlu kita dapatkan,
dan menolak kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin atau masyarakat sekalipun.
Alhamdulillah di Malaysia masih mengamalkan cara pengundian untuk memilih dan melantik pemimpin.
pengundian itu salah satu hak untuk kita salurkan suara kita.

Sebenarnya,saya kurang suka dan berminat terhadap sebilangan manusia yang suka mengatakan 'kita kena 'bersyukur', kita masih 'aman', 'tenteram' dan 'harmoni' tetapi pada masa yang sama puak2 ini dalam diam adalah gila kuasa, rasuah, menyalahgunakan kuasa, zalim, menindas orang , tidak amanah, menipu, napotisme, dengki, tak boleh tengok orang senang dan yang ingin berubah ke arah kebaikkan, benci kepada suara-suara kebaikkan atau seumpama ya.

saya kasihankan suara-suara kita yang hanya terpaksa dipendamkan dalam hati.
tidak mengapa lah..itu lah selemah-selemah iman yang kita ada.
apa2 pun hidup kena terus melangkah kehadapan..
saya doakan kita semua sentiasa didampingi orang-orang yang baik , lagi soleh dan solehah.

pengalaman ini mengajar kita, tapi sedar lah kawan-kawan, anda adalah pemimpin bagi diri anda, keluarga , masyarakat dan negara suatu hari nanti..

salam peneraju perubahan dari saya ,
wabillahitaufiq, walhidayah, wassalamua'laikum warahmatullahiwabarakatuh..selamat malam.




No comments:

layan ja