20140131

Cinta

Happy Chinese New Year...Gong Xi, Gong Xi....


Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.
Pertama sekali Alhamdulillah,
mekasih kepada siapa-siapa yang sudi singgah di blog ini.
saya hanya kongsi apa yang saya tahu dan rasakan ia bermanfaat untuk semua..

baik.
Tajuk diatas pun pasal cinta.
semesti ya bila dengar tajuk pun macam da 'jiwang' bunyi ya..
bagi saya cinta ini fitrah semulajadi pada setiap insan manusia.
sedangkan haiwan ,binatang pun ada perasaan cinta.
Molek sungguh iaitu Allah mencipta sesuatu dengan berpasang-pasangan..

ada orang cinta pada harta, pangkat, kuasa, gadis2, jejaka2..

Bagi saya, paling manis cinta itu ada ketenangan..
bila cinta ada ketenangan ia akan datang rasa bahagia..
ujian dan cabaran yang banyak mana ditempuhi dalam percintaan ia akan senang dihadapi sebab terdapat ketenangan..
tapi jika perasaan cinta tanpa ketenangan, ia akan rasa gundah gulana, resah, leka, lalai..
Dekat mana nak dapatkan ketenangan itu?
Ia datang dari pemilik sebenar hati kita iaitu daripada Allah yang maha pencipta...




saya sebgai seorang lelaki..

mesti fitrah nya suka pada wanita..
ya lah umur da 23 tahun, 
dulu masa zaman sekolah, kata2 orang tua dan berpengalaman jangan lah bercinta..
sebab masih muda, makan minum sampai pakaian pun masih ditanggung oleh ibu bapa..
saya tak tipu..
cinta masa sekolah rendah dan menengah sangat seronok.. sebab tiada matlamat..masih cetek ilmu...
budaya sekeliling yang telah membentuk kita sebenarnya..
jika kita dikelilingi dengan budaya yang menjaga agama islam, maka inshaa Allah, Allah akan menjaga ya..
tapi jika budaya yang mengikut 'kebebasan' serta 'hedonisme', tak mustahil kita akan hanyut..
akhirnya berlakunya matlamat menghalalkan cara..
contohnya, akan asyik berkepit umpama belangkas, rasa rindu dengan asyik sms sampai peranan sebagai seorang muslim terabai, rasa pasangan itu milik kita sehinggakan cemburu tak tentu pasal akhirnya berebut pak we mak we..
betul lah ungkapan ini... cinta sebelum akad nikah adalah lakonan semata2..
selain itu,kena 'control' diri dan bukan lah jadi diri yang sebenar..
yang sedihnya, habis duit dibelanjakan semata2 untuk pasangan yang belum tentu milik diri ini...

sejuk perut ibu yang mengandung, seronok lagi Ayah kita menyambut kelahiran kita..

redha Ibu ayah adalah Redha dari Allah untuk kita..
saya sedih..

saya dilahirkan tanpa ayah saya yang mengazankan saya, tetapi Atuk saya yang mengazankan saya..
sebab tu saya sangat intim dan rapat serta sayang arwah atuk Saya..
semoga roh nya dicucuri rahmat di alam barzakh sana..

walaupun begitu, ketegasan Ayah saya membuatkan saya seperti ini..
iaitu semakin menghormati , kasih dan sayang padanya...sehinggakan risau melanggari perintahnya..
Tetapi sikap ibu saya lebih banyak dalam diri saya..
yang sangat emosi dan cepat serta senang tersentuh bila ditegur atau nasihat...
sehingga sekarang saya masih mewarisi sikap ibu dengan  menangis senyap2 dan seorang diri apabila tersentuh dengan sesuatu..
korunk sume mesti banyak kenangan bersama ayahanda bonda kalian..
apa2 pun dengan berkat bait kata2 dan doa ibu bapa akan membentuk diri kita sehingga sekarang...
jadi, doa lah baik2 untuk kdua ibu bapa kerana 
ia adalah pahala berterusan jika suatu hari mereka pergi meninggalkan kita...

cinta..

banyak lagi perasaan cinta yang korunk sume pernah alami..
cinta pada harta pun sangat bahaya, jika ia berlebih-lebihan..
cuba bayangkan , sejauh mana perasaan kita apabila harta kita yg kita sayangi macam talefon bimbit bernilai Rm 2000 hilang? dan cuba bandingkan perasaan kita jika tinggalkan solat 1 waktu dengan sengaja?
jawapannya terletak pada keutamaan kita dalam mimilih cinta sama ada di dunia ,

akhirat atau kedua-duanya sekali...
saya hairan..

kenapa kadangkala sebahagian daripada kita sangat marah dengan kelemahan dan kesalahan yang berlaku secara tidak disengajakan seseorang,  tetapi kadangkala tidak ada rasa marah langsung terhadap kemungkaran yang berlaku dihadapan kita?..jawapan saya untuk soalan ini, adalah sudah tercabut nya nilai kasih sayang kita yang sebenar antara sesama muslim...


Cinta itu luas maksudnya..
seperti saya yang bepegang pada tanggungjwab sebgai pemimpin ummat, tak lari dari kepentingan peribadi..
mesti nak senang, nak habuan ganjaran, nak kelebihan daripada apa yg dipimpin, popular..
sehinggakan cinta dan sayang dengan kuasa yang ada... rasa nak kejar jawatan dan pangkat..
Subhanallah...benar lah segala amalan bermula pada niat..
baru saya tahu , jika disalah guna perasaan cinta itu terhadap tanggungjwab, 
kesannya akan kembali pada diri sendiri... 
contohnya, pernah saya berasa cemas ,kelam kabut, dan tak tenteram dengan tanggungjwab yang dijalankan
sebenanrnya, saya lupa bahawa Redha Allah yang sebenarnya sepatutnya dicari, bukan lah redha Manusia..



Cintai Sahabat..

sudah tentu kita membesar bersama sahabat-sahabat..
macam diri saya sendiri..
dari sekolah rendah saya ada sahabat yang suka membuli saya,
naik sekolah menengah , saya ada sahabat yang ingin membuatkan saya popular,dan menceriakan sahabat2 yang lain
naik tahap Universiti, saya dapat sahabat yang ingin mendekatkan diri saya pada Allah yang maha esa..
seronokkan ada sahabat dikala kita senang dan susah bersama..
sahabat yang sentiasa menjaga aib sahabatnya..
sahabat yang sentiasa menegur dan memberi nasihat untuk memperbaiki diri ya..
kadang kala syok juga bila ada sahabat2 kita memuji kita...tapi sebenarnya kita lebih tahu diri kita sebenar..
jika diikutkan sejarah atau sirah rasulullah..
sahabat2 Rasulullah sangat unik..semua sahabat rasulullah mempunyai kelebihan sendiri yang berlainan..
ada yang lemah lembut, tegas dan garang, pemalu dan sebagainya..
itu lah ukhwah ,
walaupun kita berlainan perangai,
kita kena saling memahami antara satu sama lain, 
sebab itu lah cinta kasih sayang rahmat dari Allah untuk kita bersama..




 Ya Rasulullah..
Engkau diutus untuk membawa rahmat bagi sekalian alam..
Rahmat itu bermaksud kasih sayang atau cinta..
Engkau sangat hebat Ya rasulullah sebab telah dipilih sebagai kekasih dan utusan Allah..
tetapi kenapa aku masih mencari Cinta selain mu Ya Rasulullah?

sama2 lah kita pohon pada Allah agar rahmat yang dibawa Rasulullah sampai pada hati-hati kita..
Percaya lah..
Apabila sampai rahmat itu di hati2 kita,
inshaa Allah, lupa lah kita terhadap cinta pada perkara2 yang akan rosak binasa..

kadangkala saya cemburu dengan saudara2 muslimku yang mendapat rahmatmu ya rasulullah..
ya lah...nak juga mendapat cinta dari mu, kerana sempurna nya iman seseorang jika mencintaimu lebih dari yang lain..

terus terang...

perjlanan ku rasakan masih jauh, jika Allah takdirkan umur ku esok,lusa,tulat masih ada..
walaupun kematian itu semakin dekat menghampiri..
tetapi ingin juga ku rasakan kebahagian di dunia dan mahu pun diakhirat,
dengan rasa syukur , patuh, taqwa pada mu ya Allah...
Permudahkan dan murahkan rezeki ku, jodoh ku, pertemuanku, urusanku, dan ajalku ya Allah..
jika ia baik dan sudah tercipta untukku,
tiada siapa yang boleh menghalangnya kecuali dengan izinmu ya Allah..


cinta hakiki..

cintai lah apa yang ada..
hargai lah walaupun sedikit, tidak mustahil Allah akan tambahkan nikmatnya..
Nikmat Islam adalah sangat dan paling besar..
beruntung kita umat nabi muhammad SAW yang dipilih Allah...
Mentaati lah segala perintah Allah, dan tinggalkan segala Larangan Allah..

maafkan aku
jika ak lakukan suatu kesalahan..
ak hanya hamba mu ya Allah...
tanpa pengampunan ,rahmat cinta kasih sayangmu , di manakah tempat untuk aku mengadu dan luahkan perasaan ku.. .













No comments:

layan ja