20140120

Sejukkan hati kita...




Assalamua'laikum..salam sejahtera..


sebelum ini, cerita saya agak panas, tapi kali ini nak sejuk sikit..heheh...Saja nak cerita apa yang saya wat sepanjang da balik semenanjung nie..sebelum tu...korunk sume anggap la setiap bait2 cerita di blog sebagai pengajaran bagi sume..sebenanrynya saya da anggap karang blog nie salah satu hobi saya, dan ia diari hidup saya..boleh lah cucu cicit saya baca diari hidup saya nie..

heheh..begini lah atuknya...rasanya tak perlu lah nak kutuk saya, baik doa yang baik2 sebab korunk pun akan dapat yg baik..nak kritik , tegur dan nasihat tiada masalah..inshaa Allah saya berlapang dada ingin menerima ya...

baik..

semenjak ja pulang..paling syiok dapat jumpa ibu bapa lah..lepas rindu...berbual panjang, kongsi cerita di kala suka duka...tapi malam saya smpai di lapangan terbang tu, kawan2 saya fahmi dan arif yang sambut...apa lagi, diorang bwa gi lepak downtown,minum2 makan2..bercerita la kami ... ada juga perubahan spanjang saya tiada di cheras kajang nie, iaitu projek MRT yg sdang rancak dibina sehinggakan 'sesak' jalan raya nak mnuju ke Kl..

sebulan cuti..nak buat apa ya? rancang nak cari tempat praktikal, ziarah kawan2 sperjuangan, dan cari tajaan untuk program Festival Keagungan dan Kesenian Islam 2014..ya lah, pihak Hep tak luluskan peruntukkan tambahan, jadi saya n kawan2 kena cari dana...mana lah nak dapat tajaan sebanyak Rm 100000...memang cabaran jika nak wat program agama , iaitu cabarannya nak dapatkan dana program..jika program 'lagha' atau yg melalaikan kadangkala mudah dan sangat senang untuk dapatkan peruntukkan... Tempat Praktikal? swasta atau kerajaan? sebenarnya berdasarkan matlmat saya slepas belajar nanti.
saya nak jadi apa ya? Dulu masa majlis graduasi tingkatan 6 saya nak jadi 'usahawan bioteknologi'...tapi sekarang macam da lari sikit.. dan satu lagi saya minat kerja dengan Alam...damai, aman , harmoni bebas daripada politik2 nie...hehheh..tapi ok ja kerja dengan manusia tapi biar sambil menyelam minum air...dalam2 berhubungan dengan manusia, masih mengingatkan kejadian Alam yang cukup indah ini...(rasa risau jika kerja sampai tak ingat akhirat
...ini baru dikatakan kerja yg tade 'life' hasil terlalu syiok mengejar duit sampai tak ingat kita ada 'kehidupan selepas akhirat...

tentang ziarah kawan2...nie 'favourite' saya jika balik cuti semester..walaupun saya nie jenis senyap dan pendiam orangnya, saya tetap 'friendly' ngan kawan dan rapat dengan mereka...saya suka dengar kawan2 yang suka hua hua sebab mampu menceriakan ak....
ikutkan
 setakt nie saya ada kawan sejak dari tingkatan 5, tingkatan 6, dan dari universiti...pelbagai ragam ak belajaq dari diorang..ada yg hua hua, ada yang sekali jumpa mesti macam dngar
tazkirah yg penuh dengan input, ada yang skema macam saya, ada yang suka tolong dan belanja orang, ada yang kuat merajuk, ada yang suka mengarah, ada yang mengada2 dan macam2 lagi lah..apa2 pun , apa yang Allah berikan pada saya nie, pasti ada hikmahnya, sebab tu saya dihantar di sabah...heheh

perancangan untuk cuti nie rasa ya da memadai...tapi rindu pula nak ke sekolah semula melawat cikgu2, tapi risau akan menganggu cikgu2 pula...semoga ada jodoh melawat cikgu2..
setakat nie ada perancangan nak g melaka, cameron highland, johor, negeri sembilan bersama kawan2..dan baru2 nie ada juga jalan2 g lake Valley,i city shah alam, leisure Mall, dan sempat berkaroeke di Giant hypermall di berdekatan dengan umah nie...

nie antara gambar2 yg sempat dirakam




















Rasa ya..setakat ini sahaja perkongsian dari Saya...Inshaa Allah nanti saya cerita lagi...Ketenangan akan didapati bila mana kita sentiasa ingat Allah, dikala kita sibuk, main bola, melihat alam, dalam dok karoeke, tonton sinetron, buat assignmnt dan apa sahaja perbuatan kita...

saya akhiri dengan Firman Allah


الَّذِینَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)


No comments:

layan ja