20140204

Teringat D bukan Nama Sebenar.





Assalamua'laikum dan selamat malam semua.
jam menunjukkan pukul 3.30 pagi.
tak boleh nak tidur pula.
fikir2 balik.
nak taip sesuatu lah di blog..
tetapi tak tahu nak Cerita apa.

tengah sedap dengar lagu nie.
terus teringat 'D' bukan nama Sebenar.
kenapa ya?
itu kisah lama.
semua orang da maju kehadapan.
tapi aku tak maju2 lagi...

kata kawan aku alan.
jika datang jodoh, ia akan semakin dekat.
tapi jika bukan ia akan semakin jauh dalam ingatan.
terus terang..
aku bingung..
puas sudah aku cuba lupakannya, ia tetap datang.
ada juga aku 'stalker' dia ..
dia da bahagia dengan kekasihnya yang setaraf dengannya.
tetapi kenapa ak masih ingin menganggunya?

kawan2 mesti rasa jiwangnya 'post' aku.
tetapi ini lah kisah benar.
da 5 tahun da aku tak menjumpainya, berhubung.
tetapi masih tak dapat ak lupakan.
Ya Allah, perempuan lah ujian terberat ku alami berbanding akademik dan kerjaya ak.

jika aku kena amnesia untuk lupakan dia sahaja.
ak memang inginkan..
sebenarnya, dia da block aku dari hidup dia.
sama ada fb, twitter, tapi ak masih tak dapat lupakannya.
masih teringat..
jika setiap kali karoeke dengan kawan2,
bayangan dia pasti wujud.
dosa apakah yang membuatkan aku teringat pada dia?

aku da tak mampu nak kejar harapanku pada 'D'
sebab aku sudah hilang kesetiaan pada nya.
tapi hati ku ini membisik agar mengingatinya.
kemana lagi aku mahu pergi?
sabah sudah ku redah...
mungkin di syurga sahaja yang bisa membuatkan hati ku tenang ,
dengan penderitaan ini.
bila jumpa wanita seiras mu,
terus meruntuhkan hati ku..
dan mengimbas kembali kenangan pahit yang sedikit.
cukup lah..
cukup lah...
cukup lah, 'D'

kami tak setaraf.
beza antara darjat kami
Ya Allah, sesungguhnya engkau  maha melihat dan maha mengetahu hati2 para hambamu.
maafkan kami, kami hanya manusia yang lemah dan tak berdaya.
jika dia ditakdirkan jodohku, engkau permudahkannya..
jika bukan , engkau jauhkannya daripada aku terus mengingatinya dan terus melupakannya..
aku mahukan dia hidup bahagia bersama pilihan hatinya.

sebenarnya.
ada sekecil hati yang ingin menerimaku sebagai suami.
tetapi aku masih cuba menetapkan hati ini untuk hati sekecil itu..
tetapi bila aku teringat pada 'D', ia melemahkanku.
ak mohon padamu Ya Allah, permudahkan jodoh 'D' agar segera bernikah dengan pilihan hatinya.
agar noktah daya ingatanku pada  nya.

aku karang ini kerana aku nak luahkan segala rasa sakit yang terus menghantuiku.
jika 'D' melihat karangan ini, doa lah yang baik2..
Inshaa Allah..
Aku tahu..
kita akan berasa lemah jika engkau melihat, mendengar, membaca tentang ku.
jadi,
aku yakin dan berharap kita sama2 berdoa.
semoga Allah berikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat.

ak tak tahu ,
adakah ini karangan terakhir yang aku karang mengenai Mu 'D'
mungkin ak akhiri karangan ini dalam sebuah 'cerpen' atau 'Novel'
dan aku harap 'ending' ya dapat ditemui.

untuk Hati Kecil yang menginginkan aku sebagai suami mu.
Alhamdulillah.
Hati Kecil mu mengajar aku erti sabar dalam perhubungan ini.
semoga masa terus berjalan dengan pantas.
dan memperolehi 'ending' kehidupan yang manis didunia dan diakhirat.
doakan baik2 agar Hati kecil itu sampai ke akad yang halal untuk kita.

akhir sekali
aku tak mampu menjaga hatiku sendirian
melainkan Allah sebagai pemilik hatiku.
ak tak tahu apa yang akan berlaku esok, lusa ,tulat.
tapi aku tahu.
Allah telah takdirkan segala2 nya untuk kita semua..

'Salam kerinduan, mahabbah, kecintaan untuk semua'

No comments:

layan ja