20140522

Bila bersumpah dengan Nama Allah....

Assalamua'laikum.
Selamat malam.
Allahumma solli a'la saiyidina muhammad, Waa'la alahi saiyidina muhammad.

malam nie.
rasa nak citer yang tersirat..

terus terang..
saya suka hidup berjemaah, ia akan melindungi kita daripada diserang serigala.
tapi dalam memilih jemaah atau kumpulan-kumpulan ini,
pilih lah yang banyak alim ulama' dalam jemaah tersebut, kerana banyak dapat keberkatan..
disana, inshaa Allah kita akan berasa selamat, lagi2 banyak berlaku fitnah diakhir zaman..

cuma ya, waqi' atau pendekatan jemaah yang berbeza di setiap tmpat yang memeningkan kepala saya...
ada yang saya jumpa jemaah terlalu taksub, jumud, terbuka sangat, suka menghentam, maki jemaah lain..
sebenarnya..
lakukan lah sesuatu dengan menggunakan ilmu...
letakkan ilmu al quran, dan hadis dalam menjadi panduan hidup..
dengan ilmu al quran, ia boleh menyelesaikan perbalahan yang berlaku.
ilmu itu cahaya, bagi menerangi kegelapan, jika gelap kita akan sntiasa tak tentu hala, langgar sana sini..

satu lagi, sokong lah sesiapa sahaja yang membawa perkara kebaikkan...
dan bantu lah ia... bukan hanya mementingkan diri atau puak sendiri..
Allah maha pemurah dan pemberi rahmat..
setiap hamba ya yg masuk syurga dari pelbagai sebab... bukan masuk syurga hanya satu sebab,...
ada yang masuk melalui solatnya, puasanya, kebajikannya pada binatang, dan sebagainya...

yang saya agak terkilan..
ada manusia yang menggunakan ilmu agama ya untuk menilai amalan agama seseorang...
siapakah kita untuk menilai orang?
amalan diri ini pun belum tentu diterima..
kematian kita bila2 sahaja boleh berlaku..
jika saat akhir hembusan nafasnya mengucapkan kalimah syahadah, tak mustahil syurga baginya,
walaupun ada orang gelar,cop, label, dia sebelum itu, sekular, liberal, kafir, fasik, dan seumpamanya..

jadi
jika nampak perkara tidak baik, kasihani lah , dekatilah dan doakan agar saudara muslim atau non muslim agar mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah..
kepada yang muslim, doakan agar kembali kepada pangkal jalan..
bukan dengan memaki, melabel, mengecop, dan rasa kita2 sahaja yg betul dan ada jaminan..
benci perbuatan maksiat sangat penting,
tapi jangan lah membenci seseorang itu sehingga membiarkan ia terus melakukan maksiat, kezaliman...
tak salah mengajak seseorang orang mengikut jemaah/kumpulan kita bagi melakukan perkara kebaikkan,
tetapi Hidayah dan petunjuk Allah itu milik Allah..

Kata2 ini tiada bukti..
tapi segala amalan perbuatan bermula dengan niat..niat terletak dihati..
tiada siapa yang tahu rahsia hati melainkan Allah taa'la..
tetapi melalui hati, boleh tersemainya buah akhlak...
minta doakan agar buah akhlak kita sangat baik,elok dan sedap dipandang...

apa2 pun ...berat betul bila da bersumpah dengan nama Allah..
ia boleh memakan diri jika kita melanggar perintah Allah
tapi jemaah2 ini perlu memahami ahli-ahlinya kerana bukan semua yang sempurna..
selalu banyak kkhilafan...
bantu lah, dekati lah, doakan lah yang baik2..
jika kita abaikan ahli2 yang kurang sempurna ini sehingga ia lari dari jalan Allah,
jangan menyesal,
jika suatu hari Allah akan menanyakan apakah sumbanganmu pada saudara sesama islammu  di akhirat kelak?
belum cukup sempurna iman seseorang, sekiranya tidak menyanyangi saudara seislamnya seperti menyanyangi dirinya sendiri..
Allah tidak meletakkan perkataan 'jemaah' dalam hadis tersebut,
tetapi Allah letak saudara hamba seislamnya...tidak kira apa bangsa, parti, kaum, warna kulit...

Akhir sekali...
bekalan amalan yang akan dibawa diakhirat..
amalan ini sekiranya diterima dan diredhai oleh Allah, Inshaa Allah syurga menanti dengan rahmat Allah..

anggap lah kata2 saya ini, saya hanya asbab dari Allah..
yang baik, ambil lah, yang tidak baik, tegur dan nasihati secara adab dan baik..
semua orang yang nak terbaik,
jadi bersangka lah yang baik, tunjukkan sikap yang positif...

akhir, wassalam..







No comments:

layan ja