20140627

Yang Teristimewa




Assalamua'laikum.
selamat malam kepada semua.
semoga tulisan saya nie bermanfaat untuk semua..inshaa Allah
Allahumma solli a'la saiyidina muhammad, waa'la alihi saiyidina muhammad.
semoga bila kita tulis yang baik2, mendapat pahala walaupun kita baru nak berubah jadi baik..

baik..
saya nak cerita pengalaman saya sepanjang di kampus.
terutamanya bila sudah semester akhir ini..
dan Alhamdulillah, saya da habis exam, kuliah, assignment, tinggal latihan praktikal lagi..
latihan praktikal saya di pejabat daerah/ tanah hulu langat, selangor..
maaf ya..
sama ada korunk sume nak baca cerita saya nie sampai habis atau tak, dipersilakan...

terus terang..
saya rindukan zaman kampus..
bayangkan daripada kawan 'usrah' 2 3 orang yang saya kenal,
boleh membawa impak yang besar pada masyarakat kampus terutamanya..
pelbagai program yang kami buat.
bedah kitab, fki, prospek sukau, hang out, ziarah warga hospital..Alhamdulillah sume berjaya dilaksana..
mekasih kepada raja, shidin, fadil, baharun, risi, amir, wan, faizal, imran, sharul..
mekasih juga kepada perempuan, wani, miza, suhailah, zubaidah, aishah, saras, nasyitah, syazlin, umi,nazirah.
semoga anda semua menjadi pelapis pemimpin dalam kampus
dan akan meneruskan program-program yang bermanfaatkan pada masa akan datang..inshaa Allah.











pro mahasiswa vs aspirasi.
itu kenangan yang sukar untuk saya lupakan..
terus terang saya nie dari sekolah menengah sampai menara gading otak pembangkang..
tapi saya hairan, nape otak pembangkang ini sering dipersalahkan sedangkan ia menjadi 'chechk n balance'..
mereka ini terus terang berjuang membawa keadilan dan kebenaran tapi masih ada yang menghalang..
itu lah kemanisan dalam berjuang...
power rangers pun ada musuh, dragon ball pun ada musuh, ultraman pun ada musuh...
imbas kembali..
bila kalah mpp, calon umum no 8, dapat undian tertinggi pun nombor 8 daripada 16 peserta..
tapi Alhamdulillah..
saya dipertemukan dengan pengetua, en Fauzie, dan keluarga jakmas.
en fauzie banyak mengajar saya mengenai setiap tindakan mesti ada ilmu,
dan jangan sesuka hati menghukum orang..
bagi keluarga jakmas walaupun berbeza fahaman ideologi, kita telah buktikan dengan penggunaan ilmu,
kita boleh mencapai matlamat hingga merangkul anugerah pengurusan jakmas terbaik..
Alhamdulillah...anugerah bukan segala-galanya..tetapi impak pengurusan itu yang dilihat..
saya hormati mahasiswa mahasiswi yang berjaya mengikuti program keilmuan yang dianjurkan jakmas..
secara tak langsung, izzah islam itu telah diangkat...
program yang melalaikan di kolej ab telah berjaya dikurangkan,
dan digantikan dengan program keilmuan..
itu lah penting bagi ketua atau pemimpin diatas...
jika otak nya sama ada kerajan atau pembangkang tapi bertindak atas dasar ilmu dan keadilan..
inshaa Allah, Allah akan bantu..
sepanjang saya bertugas sebagai exco,
saya mengucapkan terima kasih kepada ustaz Razali md Saibin, imam besar masjid ums..
saya menganggap ustaz sebagai alim ulama' dan rujukan bagi saya sepanjang saya bertugas..
kebanyakkan program dibawah saya, ustaz telah memberi idea dan panduan serta nasihat.
beruntung kepimpinan bersama ulama', inshaa Allah ada barakahnya.




.






sem 6 ini saya kurang fokus 'study'..
sebab banyak program besar yang nak kena wat..
tapi Alhamdulillah...
saya telah mendapat inspirasi daripada seseorang..
jeng3x...
ini yang saya nak cerita..berkenaan dengan tajuk yang teristimewa..
dengan kehadirannya..
banyak skandal saya dahulu berakhir ceritanya..
korunk nak tahu?
saya da jumpa bonda ayahandanya...
jadi hero sekejap, jika ada jodoh, tak kemana...inshaa Allah
layanan bonda ayahada nya disana boleh saya cakap 'first class'..
adab2 melayan tetamu memang mereka praktik dan amalkan..
kadang2 saya malu juga..
sebab saya nie bukan lah baik...

cuma saya nak kongsi..
mungkin dari doa ibuku juga, cerita ini telah wujud..
wanita yang teristimewa ini..
seorang yang baik, comel, penyayang, alim serta cantik
tapi yang paling saya suka, dia boleh terima kekurangan saya seadanya..
dia kenal saya dengan mengkaji, menyelidik, mengetahui kelemahan saya dahulu sebelum menerima saya...
ya lah...
saya da semester akhir la dikatakan..
kena fikir 'long term' planning...
perkenalan kami sungguh singkat dan 'special' ..mungkin jodoh kot...inshaa Allah.
dah..jangan nak mengada-ngada.. nanti ada yang menangis pula..
ada orang tu kan cenggeng..
cuma coretan atau tulisan saya nie saya hadiahkan pada ya...
saya teringat kata2 ya "Jangan tanya orang beri, tapi tanya apa yang telah diri ini berikan"
kerinduan ini hanya Allah yang tahu..
semakin saya lalai dalam mengingati Allah, semakin saya lalai mengingati mu 's' bukan nama sebenar.
nasihat, teguran, motivasi mu sering berlandaskan ilmu,
tapi nda apa..kita akan sama-sama mengharunginya...inshaa Allah..
biar lah ajal yang mengakhiri hubungan kami..inshaa Allah..
korunk sume beruntung,.
saya kongsikan cerita peribadi saya..
tapi saya ingin mencari cinta dan jodoh yang halal bagi saya..inshaa Allah..
memilih 'agama' untuk menjaga sesuatu  hubungan , bukan kerana nafsu, cantik, harta semata2 adalah semua...
kerana cinta pada Allah dan rasulnya tiada pengakhirannya..
jika kami tidak dijodohkan sebagai suami isteri sekalipun,
inshaa Allah kami da pasang niat di jannah sana kita akan bertemu
dan kekal hidup bersama disana.inshaa Allah...
dah ya..lapkan air matamu..
mekasih sebab hantar saya pulang..
nie gambar kita yang saya simpan...


saya juga berkongsi cerita ini kepada 'couple'2 diluar sana..
nasihat untuk diri saya bersama ..sama2 pasang niat untuk bernikah..
dan rancang dirimu , kluargamu, bakal kluargamu dengan matlamt yang jelas iaitu ingin membawa mereka semua ke syurga..
dan jumpa lah wali ya agar suatu kepastian akan tercapai..
saya mohon dan minta kepada sesiapa yang telah yang membaca blog ini,
doakan agar kami dipermudahkan segala urusan dan jodohnya..
kita merancang, Allah juga merancang dan juga yang menentukan..

Alhamdulillah..
ramdahan kareem..ramadhan kareem...ramadhan kareem..
da tiba masa kita gembira..
bulan ramdahan yang penuh barakah dan ganjaran pahala perlu kita rebutkan dan pertingkatkan amalan..
cuma saya nak pesan kepada korunk sume termasuk diri saya,
niat lah untuk berubah ke arah kebaikkan, dan lakukan lah kebaikkan..
Allah sayang semua makhluknya kerana sifat al-rahman ya..

itu sahaja dari saya..
saya biasa2 sahaja, Allah yang telah menjadikan 'luar biasa' pada seseorang itu
dengan mengangkat darjat para hamba ya yang Allah sayangi dan kasihi..
jadi
syukur dan hargainya selalu...
mohon maaf atas kekhilafan diri ini kepada sesiapa yang dikenali dan mengenali diri ini...
sesungguhnya kita semua akan kembali kepada Allah taa'la.
yakin lah.. Allah sahaja yang maha berkuasa dalam menentukan sesuatu atas kehendaknya..





No comments:

layan ja